Jika anda sering memandu di jalan satu lorong, dan mempunyai lori dihadapan, anda mungkin akan melihat untuk memotongnya dan meneruskan perjalanan anda. Perkara ini boleh dikatakan membawakan risiko yang agak tinggi kerana anda mungkin tidak nampak apakah yang hadir dari hadapan.
Sebagai usaha untuk mengurangkan kadar kemalangan dan hadir dengan sesuatu yang baru, Samsung hadir dengan projek ringkas mereka dinamakan sebagai Safety Truck.
Untuk projek ini, Samsung melaksanakannya di Argentina, dimana mereka menambah panel skrin pada bahagian belakang trak dan lori, selain melengkapkan kenderaan berkenaan dengan kamera pada bahagian hadapan untuk memaparkan paparan masa-nyata pada panel belakang. Ini sekaligus membolehkan pemandu dibelakang untuk melihat kenderaan dihadapan dalam bentuk masa-nyata dan memotong apabila keadaan mengizinkan.
Walaupun ini boleh dikatakan sebagai salah satu promosi dan pemasaran oleh Samsung, tetapi ia merupakan salah satu konsep yang menarik dalam mengurangkan risiko ketika memotong kenderaan panjang, terutamanya seperti lori dan trak.
0 comments:
Post a Comment