Tuesday, June 30, 2015

Filled Under:

Selepas Digertak Rani Kulup, Azwan Ali Akhirnya Mohon Maaf


Kecoh di laman Twitter sejak beberapa hari yang lalu apabila persengketaan antara Azwan Ali dan peminatnya selepas perselisihan faham mengenai cadangan tempat makan.
Semuanya bermula beberapa hari lalu apabila salah sangka peminat bernama Nur Azira Wazi Azman mengutarakan kata-kata kejian  yang sebenarnya merupakan nama sebuah restoran.
Akibat daripada itu, Azwan dilihat mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun terhadap Azira  yang berterusan dalam bentuk beberapa siri tweet makian serta pelbagai muat naik video di Instagram.
Tindakan tersebut mendapat perhatian umum dan pemilik restoran yang diperkatakan iaitu Me'nate Steak Hub, Chef Mustaffa Othman menjemputnya Azira untuk makan percuma di restoran itu.
Tidak terhenti setakat itu, Azwan dilihat terus mengeluarkan kata-kata makian di Twitter yang memperlekehkan situasi itu dan langsung tidak menghiraukan permohonan maaf Chef Mustaffa terhadap kekeliruan nama premisnya.
Isu ini menarik perhatian Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup. Beliau menyatakan akan membuat laporan polis atas kelantangan mulut Azwan kecuali pengacara itu meminta maaf terlebih dahulu.
“Ayah bagi tempoh masa seminggu untuk dia berbuat demikian, sekiranya dia masih gagal untuk minta maaf, ayah akan lapor pada pihak berkuasa,” ujar Abdul Rani.
Sehubungan dengan amaran itu, Azwan dilihat telah memuat naik satu kapsyen panjang di laman Instagramnya yang dilihat sebagai permohonan maaf pada Selasa.
Sumber: Astro Awani




0 comments:

Post a Comment