Saturday, June 27, 2015

Filled Under:

Adira Komen Isu Putus Tunang Dengan Shahrul Dan Kisah Elizabeth Tan


Adira Komen Isu Putus Tunang Dengan Shahrul Dan Kisah Elizabeth Tan

Apatah lagi kini hangat diperkatakan tentang kecurangan Shahrul yang didakwa cuba menggoda dan mengurat penyanyi cantik Elizabeth Tan. Ini komen Elizabeth Tan tentang hal ini.

Shahrul telahpun tampil memberi komen.

Kini giliran Adira pula membuat kenyataan, ini komennya: (BeritaHarian)

Tentang Shahrul

"Kami sudah putus tunang sekitar kira Mei lalu. Punca sebenarnya tiada kaitan dengan sesiapapun termasuklah penyanyi Elizabeth Tan.

"Puncanya biarlah saya dan dia (bekas tunang) saja yang tahu, tak perlulah untuk saya nyatakan satu persatu. Saya terima ini sebagai takdir dan ketentuan yang sudah tertulis.

"Saya memang serius dalam hubungan ini cuma belum ada rezeki saya untuk hidup bahagia berumah tangga. "Biarpun kami sudah tiada apa ikatan, saya tak pernah simpan dendam sekelumit pun di dalam hati. Saya sudah 'move on'. Saya tidak mahu fikirkan apa-apa lagi. Yang lepas itu biarlah berlalu dan tak perlu dikenang lagi.

"Saya doakan yang terbaik untuk dia. Di kesempatan ini juga saya ingin menyusun jari memohon maaf kepada ibu bapanya jika ada khilaf tingkah dan kata daripada diri yang kecil ini. Keluarganya melayan baik saya selama ini. Saya harap keluarganya halalkan makan minum saya. Terima kasih atas segala-galanya,"

Tentang Elizabeth Tan

"Saya ada menghubunginya dan berborak. Saya ambil tindakan ini supaya dia tidak rasa dirinya bersalah.

"Kami berkawan dan jauh sekali bermusuh. Saya sendiri tak suka golongan wanita seperti kami diperkotak-katikkan oleh insan bernama lelaki,"

Itulah komen panjang lebar dari Adira. Diharap Adira dan Shahrul tabah menghadapi dugaan ini dan mengejar kebahagiaan masing-masing.




0 comments:

Post a Comment