Tuesday, June 30, 2015

Filled Under:

Lelaki Balas Dendam Langgar Kereta Rakan Kerana Ada Hubungan Dengan Kekasihnya



Darwin, Australia: Kerana mengetahui teman wanitanya mempunyai hubungan sulit dengan rakan baiknya sendiri, seorang lelaki bertindak nekad melanggar kereta rakanya itu.

Aksi tersebut telah dimuat naik ke laman sosial sebagai tanda puas hati dengan tindakan tersebut.

Kelihatan lelaki berusia 29 tahun berkenaan telah menaiki sebuah pacuan empat roda telah melanggar sebuah kereta dan berjaya menaikkan tayar hadapan ke atas kereta rakannya.

Dia kemudiannya memuat naik beberapa keping gambar di laman Facebook yang menunjukkan tayar pacuan empat roda miliknya itu berada di atas kereta berkenaan.

Kerana pelanggaran itu, kereta rakan lelaki berkenaan dikatakan mengalami kerosakan teruk. 




0 comments:

Post a Comment