Monday, June 29, 2015

Filled Under:

Rakyat Malaysia Antara 500 Orang Yang Terlibat Dalam Letupan Di Taman Tema Taiwan



Sekurang-kurangnya 500 orang cedera di mana 183 daripadanya telah dirawat di unit rawatan rapi selepas sebuk mudah terbakar atau belerang untuk pertunjukan bunga api meletup semasa sambutan Color Play Asia di Taman Tema Air Formosa, New Taipei City, Taiwan.

Dari 180 orang yang cedera parah itu, seorang daripadanya adalah seorang warga Malaysia yang dikenali sebagai Lim Sh Li adalah iaitu seorang penuntut jurusan perubatan di National Taiwan University.

Perkara ini disahkan oleh kementerian Luar Malaysia dalam satu kenyataan di mana beliau dikatakan mengalami kecederaan kebakaran tahap kedua sebanyak 54 peratus di bahagian lengan dan kaki.

"Dia kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi Hospital Ren Ai, Taipei bagi menerima rawatan lanjut.

"Pegawai dari Pusat Persahabatan dan Perdagangan Malaysia di Taipei sudah mengadakan lawatan serta memberikan bantuan konsular yang sewajarnya," katanya hari ini.

Daripada 183 orang yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi, 40 orang telah dibenarkan keluar manakala 8 orang disahkan kritikal lapor Central News Agency.

Video menunjukkan bola api besar tiba-tiba meletup menyemburkan api diikuti dengan jeritan orang ramai berlari menyelamatkan diri di celah-celah api yang membakar.






0 comments:

Post a Comment