Wednesday, June 24, 2015

Filled Under:

Video: Peniaga Bazar Hilang Sabar Maki Warga Asing Kerana Nak Alih Kereta



Kini viral di laman Facebook adalah satu rakaman video pergaduhan antara beberapa peniaga di bazar Ramadhan Damansara Damai dan dua warga asing.

Kejadian itu dikatakan berlaku apabila peniaga terbabit menghalau warga asing berkenaan selepas meminta mereka mengalihkan kenderaan yang diparkir di kawasan berkenaan.

Yang peliknya adalah tindakan peniaga-peniaga berkenaan memaki-maki, mengeluarkan kata-kata kesat dan menolak warga asing itu seperti mahu bergaduh.


 

Namun, kedua-dua warga asing berkenaan tidak pula dilihat melawan atau membalas semula tindakan kasar yang dilakukan ke atas mereka.

Dan jika benarpun silap kedua-dua warga asing berkenaan tersalah parkir kenderaan mereka, masih ada cara yang lebih elok untuk menegur.

Apapun sememangnya bulan Ramadhan mengajar kita untuk memperbanyakkan ibadah dan mengajar kita untuk lebih bersabar dalam pelbagai hal, terutamanya dalam menahan kemarahan.  

Semoga kita semua mendapat pahala dan serta terhindar daripada perbuatan atau perlakuan yang akan mengurangkan keberkatan sepanjang menjalani ibadah puasa ini. 




0 comments:

Post a Comment