Wednesday, June 24, 2015

Filled Under:

Ratusan Kanak-Kanak Dibunuh Saban Tahun Angkara Kepercaya 'Bodoh'



Kejadian kanak-kanak diculik ketika berjalan ke sekolah di mana kanak-kanak yang diculik berkenaan anggota badan mereka akan dipotong dan kemudiannya mayat tersebut akan di campak ke dalam hutan.

Ini adalah perkara biasa yang berlaku di Uganda, di mana ratusan kanak-kanak sudah menjadi mangsa angkara kepercayaan karut dan 'bodoh' golongan bomoh.

Penglibatan bomoh-bomoh di negara benua Afrika tersebut semakin menjadi-jadi selepas dikatakan khidmat bomoh di sana semakin mendapat tempat bagi golongan elit di sana.

Dalam upacara untuk golongan elit berkenaan untuk menjadi lebih kaya dan berkekalan upacara mengorbankan jiwa kanak-kanak perlu di lakukan menyebabkan semakin ramia kanak-kanak di sana menjadi mangsa hanya kerana kerakusan golongan kaya untuk menjadi lebih kaya kerana kepercayaan karut ini.

Kejadian ini dikatakan lebih menjadi-jadi menjelang pilihan raya Uganda yang bakal berlansung pada 2016 ini di mana dikatakan khidmat bomoh semakin ditagih, bermakna semakin abyak khidmat bomoh ditagih makin ramailah kanak-kanak yang tekorban.

Tubuh badan kanak-kanak juga digunakan untuk merawat pelbagai penyakit seperti yang berlaku kepada kanak-kanak di dalam gambar (Atas) dimana kanak-kanak ini kemaluannya telah dipotong oleh bomoh untuk mengubati penyakit mati pucuk.

Dia yang ditemui cedera parah dikepala setelah dicederakan oleh bomoh bagaimanapun berjaya diselamatkan.


Menurut satu laporan abdan kebajikan kanak-kanak di negara tersebut, golongan elit sanggup membayar harga mahal kepada bomoh untuk memburu kanak-kanak miskin di jadikan bahan perubatan.

Mereka akan memotong dan emngambil bahagaian yang diperlukan sebelum mayat dilempar di dalam hutan.

Untuk mengelakkan  kekejaman ini terus berlaku, kerajaan Uganda pada awal tahun lalu telah mewujudkan Plean Tindakan Kebangsaan bagi membenteras aktiviti pemrbunuhan kanak-kanak ini.

Malang bagi kanak-kanak yang tidak mati kerana jika mereka hidup sudah pasti dalam keadaan tidak lengkap dan cacat.

Kerajaan Uganda bagaimanapun tidak dapat membenteras amalan ini selagi penduduk neagra tersebut masih mengamalkan kepercayaan karut dan 'bodoh' ini sambil dipengaruhi dengan orang politik gila kuasa.




0 comments:

Post a Comment