Pasangan suami isteri ini, Yazer dan Ekin (AF3) pernah dikecam netizens awal bulan lalu gara-gara memuatnaik sekeping gambar bersama di atas katil yang seolah-olah menampakkan mereka tidak berbaju.
Yazer akhirnya mengakui tindakan mereka itu sebagai satu kesilapan besar kerana menyentuh isu-isu sensitiviti masyarakat di negara ini.
Ujarnya gambar itu diambil dengan niat mahu memberitahu bahawa mereka sudah berada di Kampung Bebuloh Laut, Labuan, demikian memetik mStar.
“Jujurnya kami tidak sangka foto tersebut akan menimbulkan isu di kalangan netizen. Apabila ia menjadi viral, ia membuatkan saya gelisah. Saya belajar dari kesilapan iaitu walaupun kami suami-isteri, apabila timbulnya isu seperti ini, ia agak sensitif di kalangan masyarakat,” ujarnya.
Selepas dihujani kritikan yang negatif, Yazer akui bahawa dia dan Ekin kini lebih berhati-hati dalam memuatnaik sebarang gambar supaya tidak lagi menimbulkan kontroversi.
“Dari dulu lagi saya cuba elak daripada terjerumus dengan kontroversi. Saya mahu orang melihat kerjaya saya yang berkembang. Tetapi sebaliknya pula berlaku.Apa-apapun kami akan lebih berhati-hati selepas ini," katanya.
0 comments:
Post a Comment