Saturday, June 20, 2015

Filled Under:

Tak malu, tak puasa




Melaka: Tiga lelaki ditahan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) selepas didapati tidak berpuasa dalam pemeriksaan di beberapa gerai makan di bandar ini, pagi tadi.

Operasi bermula 10 pagi dan berakhir pada 2 petang itu menyasarkan umat Islam yang tidak berpuasa.

Ketua Penguatkuasa JAIM Rahimin Bani berkata, operasi itu diadakan bagi memastikan umat Islam menghormati bulan Ramadan.

"Ketika ditahan dua daripada lelaki itu membeli makanan manakala seorang lagi sedang merokok. Mereka berusia antara 28 hingga 60 tahun.

"Mereka kemudian diberikan saman dan diminta hadir ke JAIM untuk diambil keterangan. Jika disabitkan kesalahan mereka boleh didenda sehingga RM1,000 atau penjara enam bulan atau kedua-duanya," katanya.




0 comments:

Post a Comment