Tuesday, June 30, 2015

Filled Under:

AJK Surau Putrajaya TAMPAR DAN MAKI HAMUN BUDAK Ketika Berbuka


 SEBAGAI seorang yang diberi kepercayaan menjaga hal ehwal tempat ibadah, Ahli Jawatankuasa (AJK) Surau mestilah menunjukkan sahsiah yang baik kepada masyarakat.

Pastinya perkataan role model biasa juga didengar oleh golongan ini.

Justeru, adalah tidak patut apabila seorang AJK Surau di Persint 11, Putrajaya dikatakan menampar dan menyepak seorang budak lelaki sewaktu orang ramai berbuka puasa di surau terbabit baru-baru ini.

Menerusi status Facebook Memori Semalam, kejadian tersebut dikongsikan kepada umum.

Jom lihat ceritanya.

Sedih lihat peristiwa yg berlaku sebelum waktu berbuka puasa tadi di sebuah surau di Presint 11 Putrajaya.

Apabila seorang AJK Surau tersebut (memakai baju koprat sama warna hijau) telah menolak dan menampar seorang budak lelaki (dalam lingkungan usia 9 – 11 tahun) di waktu para jemaah sedang bersiap sedia untuk berbuka puasa.

Tak cukup dengan tangannya yg menampar dan menolak budak lelaki tersebut. Mulut lelaki tua tersebut memaki dan mengeluarkan kata2 kesat kepada budak tersebut dan menghalaunya keluar dari kawasan surau.

Hari ini sekolah agama yg menumpang di bawah kawasan surau tersebut mengadakan majlis berbuka puasa bersama pelajar dan ibu bapa di surau tersebut.

Walau pun mungkin budak lelaki tersebut ada membuat kesalahan, tidak sewajarnya dia di malukan dan diperlakukan sedemikian di hadapan kawan- kawannya dan para jemaah yg lain.

Inikah caranya orang tua yg dilantik sebagai AJK Surau menunjukkan cara bagaimana mendidik anak2 supaya mendekati dan mendampingi surau sebagai institusi yg melahirkan seorang muslim yg baik.

Diharap perkara sebegini tidak berulang.

Yg tua perlu menghormati yg muda jika si tua mahu dihormati oleh mereka.

Ramadan sepatutnya mendidik kita menjadi seorang yg penyabar, bukan menjadikan kita seperti seekor singa lapar yg menjadikan budak kecil mangsa kerakusan kita di rumah suci Tuhan yg empunya segala-galanya.


Mungkin terdapat kesalahan yang dilakukan oleh budak lelaki terbabit namun mengapa sampai sebegitu kejamnya tindakan AJK tersebut?

Kami difahamkan perbuatan itu mungkin ada hubungkait dengan rasa tidak puas hati AJK berkenaan dengan ibu atau bapa kanak-kanak itu.

Andai benar, sungguh malang kanak-kanak itu dijadikan mangsa untuk melepaskan kemarahan.

Cadangan kami agar lantik sahaja AJK baru di surau terbabit kerana orang sebegini memang susah hendak dikikis sifat barannya.

Apa-apa pun, bulan yang mulia ini janganlah disia-siakan dengan hal seperti ini, seharian berpuasa menahan lapar dan dahaga namun mungkin sekelip mata sahaja boleh hilang keberkatannya.





0 comments:

Post a Comment