Tuesday, June 23, 2015
Filled Under:
ORANG MELAYU NIKAH STAIL KRISTIAN, INI PENJELASAN TOK KADI..!!!
Posted By:
a
on 5:57 AM
ORANG MELAYU NIKAH STAIL KRISTIAN, INI PENJELASAN TOK KADI..!!!
Ekoran tersebarnya rakaman video 'Nikah ala Kristian' yang mencetuskan kontroversi, Tok Kadi tampil memberi pengelasan sebenar.
Muhammed Edwars, jurunikah yang bertanggungjawab mengijabkabulkan pasangan Megat Saharizal bin Zulkifli dan Nur Hidayat binti Shafie menjelaskan bahawa upacara yang dilakukan tidak bercanggah sama sekali dengan syariat Islam.
Jelasnya, ia dilakukan bagi menggabungkan pernikahan Islam dan Sivil bagi menjadikan perkahwinan itu sah di Australia. Muhammed Edwars juga menjelaskan lafaz yang menjadi kontroversi itu tiada kaitan dengan Kristian mahupun Syiah.
"Vow Exchange ini tak ada hubungan dengan agama Kristian atau Syiah (na'uzubillah) dan tidak menyalahi aturan syariat Islam, purely cultural," katan Muhammed Edwars yang dilantik sebagai jurunikah oleh pihak berkuasa tempatan Victoria,
Video 'Vow Exchange' yang berdurasi 1 minit 18 saat yang dimuat naik ke laman sosial menjadi bahan bualan netizen yang rata-ratanya kurang senang dengan lafaz yang diucapkan kerana mendakwa ia menyerupai ikrar perkahwinan pasangan beragama Kristian.
Antara lafaz yang diucapkan pasangan berkenaan:
“I, Megat Saharizal bin Zulkifli take you Nur Hidayat binti Shafie to be my wife to have and to hold in sickness and health for richer or for poorer and I promise my love to you forevermore,”
Bagaimanapun, tampil seorang wanita yang mengaku sebagai kakak kepada pasangan pengantin menyelar tindakan individu yang menyebarkan rakaman video sekerat berkenaan.
“Salam Ramadhan buat admin.untuk makluman, video yg tersebut selepas akad nikah. Itu adalah upacara batal air sembahyang setelah selesai akad nikah.
"Saya sebagai kakak kepada pengantin perempuan ingin menasihatkan supaya pihak tuan remove video tersebut kerana mengundang komen yang negatif dr org lain.video tersebut separuh & memang mengundang negative comment. PM dulu empunya diri sebelum share video tersebut beserta caption yang panas macam tu,” tulis Emiliya Nu’mans.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment