Tuesday, June 30, 2015

Filled Under:

Tidak Gemar Ke Bazar Ramadan, Sam Bunkface Lebih Suka Isteri Masak


Vokalis kumpulan Bunkface, Sam mendedahkan bahawa dia dan isterinya Aida Azira Hussin tidak begitu gemar untuk membeli juadah di bazar Ramadan.

Menurut Sam, dia lebih suka sekiranya juadah yang disediakan adalah hasil dari air tangan isterinya sendiri.

“Ini merupakan kali pertama saya menyambut ramdan sebagai seorang suami.

"Jadi sudah pasti saya lebih suka jika juadah berbuka itu disediakan oleh isteri saya.

“Lagi pun saya dan isteri juga tidak begitu gemar untuk ke bazar kerana isteri saya lebih suka memasak sendiri di rumah.

“Lagipun kalau masak, bau hidangan yang disediakan itu akan bau satu rumah dan ia akan membangkitkan selera makan,” katanya ketawa.

Sam atau nama sebenarnya Shamsul Annuar Mohd Baharum berkata demikian ketika ditemui pada majlis berbuka puasa Sony Music baru-baru ini.

Bercakap mengenai aktiviti harian ketika bulan Ramadan, Sam memberitahu dia mengurangkan sedikit aktiviti seni dan banyak menghabiskan masa di rumah.

“Saya ambil masa untuk berehat sebentar sempena bulan Ramadan ini dan begitu juga dengan kumpulan Bunkface.

“Dan saya rasa inilah peluang untuk melakukan amal ibadah selain menghabiskan masa bersama isteri di rumah.” ujarnya.




0 comments:

Post a Comment