Sunday, June 21, 2015

Filled Under:

MENGKAGUMKAN !!! Pengalaman Berpuasa Non-Muslim !!!



Orang Bukan Islam Kongsi Pengalaman Berpuasa | IBADAH berpuasa merupakan amalan wajib bagi setiap individu Muslim dan harus dilaksanakan selama 30 hari pada bulan Ramadan.

Namun siapa sangka, dalam negara berbilang kaum Malaysia, pengalaman menahan lapar dan dahaga sepanjang hari turut sama dirasai oleh masyarakat dari agama lain.

Melalui laman sosial Facebook, beberapa individu bukan Islam berkongsi pengalaman mereka berpuasa bersama-sama rakan Islam.

Pengalaman Berpuasa Non-Muslim

Pengalaman Berpuasa Non-Muslim

Antaranya Nave Vj, menceritakan detik pengalaman ketika mula bersahur pada awal pagi sebelum menjalani rutin hariannya sebagai pelakon teater sehinggalah dapat berbuka pada waktu Maghrib. Jom kita baca!

“Hari ini merupakan hari pertama saya berjaya berpuasa bersama rakan-rakan beragama Islam pada bulan Ramadan.

“Pengalaman bangun pada waktu pagi dan makan kemudiannya berpuasa sepanjang hari sambil melakukan persembahan di hadapan penonton sangatlah mencabar mental dan fizikal.

“Ketika memulakan persembahan, minda saya asyik berfikir untuk meneguk air tapi lama kelamaan ia hilang…”

Bukan itu sahaja, individu tersebut turut berkata bahawa dia tidak sabar menanti hari kedua berpuasa! Wah, semangat betul, kan?

Selain Nave, seorang lagi individu, Ahli Tun Eng turut berkongsi kejayaannya berpuasa di laman sosial.

Orang Bukan Islam Kongsi Pengalaman Berpuasa

Melalui muat naik status dan sekeping foto roti jala, dia berkongsi perasaan gembiranya kerana berjaya menghabiskan puasa pada hari pertama memetik laporan Mynewshub.

Sebelum ini, supermodel Malaysia, Amber Chia turut berazam untuk berpuasa selama 30 hari sepanjang Ramadan.

Orang Bukan Islam Kongsi Pengalaman Berpuasa

Dan kisah seorang lelaki bernama Eeli Eskola yang turut berkongsi pengalaman berpuasanya di Twitter juga mendapat perhatian ramai dan pastinya ramai yang mendoakan agar beliau mendapat hidayah. 

Apa-apapun, tindakan yang dilakukan oleh segelintir individu bukan Islam untuk sama-sama merasai pengalaman berpuasa harus dipuji.

Mereka bukan sahaja dilihat menghormati rakan Islam yang berpuasa tetapi sanggup untuk sama-sama menahan lapar dan dahaga.




0 comments:

Post a Comment