Tuesday, June 30, 2015

Filled Under:

Hubungan Direstui Keluarga, Akim Tunggu Stacy Dapat Seru Untuk Peluk Islam

Hubungan diantara bekas peserta Akademi Fantasia iaitu Akim Ahmad dan Stacy bukan lagi rahsia mahupun cerita yang baru. Sejak daripada perkenalan di dalam akademi, kedua mereka akrab dan ada pula yang mendakwa mereka bermain cinta.
Rata-rata pengikut dunia hiburan tempatan sudah mengetahui tentang hubungan cinta ini namun baru-baru ini, Akim akhirnya membuka mulut dan mendedahkan sendiri perihal percintaan mereka.
Dalam perkembangan terbaru, Akim memaklumkan bahawa keluarga dari kedua-dua belah pihak telah merestui hubungannya dan Stacy dan kini, dia sedang menunggu buah hatinya itu untuk memeluk Islam.
Memetik kenyataan pelantun lagu Mewangi itu dari sebuah portal hiburan, “Saya sendiri pun tak sedia lagi untuk berkahwin. Kita tunggu seru Tuhan dan tinggal dia (Stacy) nak peluk Islam. Tetapi kami sudah ke arah itu.
“Kedua-dua buah keluarga sudah merestui hubungan kami. Jadi untuk ke peringkat seterusnya saya rasa perlu menyiapkan banyak perkara dalam kehidupan.
“Sebab kehidupan berkeluarga ini satu perkara yang berbeza, mungkin bila kita seorang kita dapat kawal semua itu, tapi bila sudah berkeluarga semua itu ada batasnya.
“Saya belum bersedia ke arah itu sebab masih lagi berkeinginan dan orang tak boleh halang,”tutur Akim mengenai perkembangan terbarunya itu.
Sementara itu, Akim turut memberitahu, seandainya mereka mendirikan rumah tangga kelak, dia tidak mempunyai masalah untuk mendidik Stacy kerana yakin dengan ilmu yang dipelajarinya selama ini.
“Insya-Allah untuk mendidik tidak ada masalah sebab kita pun ketua keluarga. Ilmu yang diberikan oleh ibu bapa saya itu cukup lengkap dan tahu akan batas-batasnya, yang penting niat kita sendiri,”tambahnya.
Hubungan diantara bekas peserta Akademi Fantasia iaitu Akim Ahmad dan Stacy bukan lagi rahsia mahupun cerita yang baru. Sejak daripada perkenalan di dalam akademi, kedua mereka akrab dan ada pula yang mendakwa mereka bermain cinta.
Rata-rata pengikut dunia hiburan tempatan sudah mengetahui tentang hubungan cinta ini namun baru-baru ini, Akim akhirnya membuka mulut dan mendedahkan sendiri perihal percintaan mereka.
Dalam perkembangan terbaru, Akim memaklumkan bahawa keluarga dari kedua-dua belah pihak telah merestui hubungannya dan Stacy dan kini, dia sedang menunggu buah hatinya itu untuk memeluk Islam.
Memetik kenyataan pelantun lagu Mewangi itu dari sebuah portal hiburan, “Saya sendiri pun tak sedia lagi untuk berkahwin. Kita tunggu seru Tuhan dan tinggal dia (Stacy) nak peluk Islam. Tetapi kami sudah ke arah itu.
“Kedua-dua buah keluarga sudah merestui hubungan kami. Jadi untuk ke peringkat seterusnya saya rasa perlu menyiapkan banyak perkara dalam kehidupan.
 “Sebab kehidupan berkeluarga ini satu perkara yang berbeza, mungkin bila kita seorang kita dapat kawal semua itu, tapi bila sudah berkeluarga semua itu ada batasnya.
“Saya belum bersedia ke arah itu sebab masih lagi berkeinginan dan orang tak boleh halang,”tutur Akim mengenai perkembangan terbarunya itu.
Sementara itu, Akim turut memberitahu, seandainya mereka mendirikan rumah tangga kelak, dia tidak mempunyai masalah untuk mendidik Stacy kerana yakin dengan ilmu yang dipelajarinya selama ini
“Insya-Allah untuk mendidik tidak ada masalah sebab kita pun ketua keluarga. Ilmu yang diberikan oleh ibu bapa saya itu cukup lengkap dan tahu akan batas-batasnya, yang penting niat kita sendiri,”tambahnya.




0 comments:

Post a Comment