Budak 4 Tahun Hancur Tangan Angkara Mercun : Seorang kanak-kanak empat tahun mungkin tidak akan merasai kemeriahan hari raya seperti kanak-kanak lain apabila jari di bahagian tangan kirinya dilapor hancur akibat terkena mercun.
Mangsa yang berasal dari Taman Mutiara, Tanjung Sepat dipercayai mengalami kejadian itu kira-kira pukul 8 malam ini selepas berbuka puasa bersama anggota keluarganya.
Ketika kejadian mangsa bermain mercun dipercayai dari jenis ‘A-Boom’ bersama-sama rakannya.
Difahamkan, mangsa kemudiannya telah dibawa ke Klinik Kesihatan Tanjung Sepat untuk rawatan awal sebelum dikhabarkan dipindahkan ke Hospital Tengku Tengku Ampuan Rahimah Klang (HTAR) untuk rawatan lanjut.
0 comments:
Post a Comment