Tuesday, June 30, 2015

Filled Under:

GAMBAR: Asap Dan Bunyi Keluar Dari Bawah Tanah Di Sarawak



BINTULU: Penduduk kampung di Tatau di sini hari ini dikejutkan dengan satu kejadian yang pada mulanya dianggap aneh selepas terdapat kepulan asap kecil dan bunyi keluar daripada bawah tanah.

Kejadian tersebut membuatkan penduduk kampung panik kerana risau sesuatu yang pelik bakal berlaku.

Gambar tersebut telah dikongsi di laman sosial menyebabkan ada yang membuat kesimpulan asap tersebut mungkin gas metana yang berada di bawah tanah.



Bagaimanapun pihak bomba telah dihubungi dan telah menjalankan siasatan mengenai asap misteri berkenaan.

Ternyata sangkaan orang ramai begitu meleset kerana hasil dari siasatan awal asap dan bunyi berkenaan keluar kerana berlaku litar pintas wayar yang ditanam di bawah rumah berkenaan.

Namun itu adalah hasil siasatan awal, apapun kita tunggu jawapan penuh daripada pihak bomba.




0 comments:

Post a Comment