Wednesday, June 24, 2015

Filled Under:

Abang Sado Jual Tauhu Jadi Kegilaan Wanita



Sebuah kedai tauhu kecil di Taiwan telah melonjak popular disebabkan salah seorang pekerjanya, yang digelar "penjual Tauhu paling hangat di Taiwan", yang kini menjadi selebriti di Internet dan media sosial.


Kedai yang bernama Chuan Tong Zhi Zui Dou Hua Tang itu terletak di Beitou, Taipei. Walaupun kedai itu hanya sebuah kedai kecil, ia menarik ramai pelanggan, terutamanya pelanggan wanita yang mahu melihat sendiri pekerja tersebut.

Dengan mukanya yang hensem, ketulan di dada dan lengan, pekerja ini dilihat lebih 'masuk' jika bekerja dalam bidang permodelan.

Ura-ura juga mengatakan pekerja ini sebenarnya anak lelaki kepada tuan kedai Tauhu itu. Setakat ini, siapa sebenarnya lelaki tersebut masih belum diketahui sebetulnya. Walaubagaimanapun, dia nampaknya menaikkan martabat lelaki pekerja penjual Tauhu di seluruh Asia. - Siakapkeli.my










0 comments:

Post a Comment