Tuesday, June 23, 2015

Filled Under:

ISU SURUH MINUM AIR KENCING SENDIRI, "MURID SALAH TAFSIR KENYATAAN GURU" - TAJUDIN


Putrajaya – Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Datuk Ahmad Tajudin Jab menjelaskan guru penolong kanan sebuah sekolah rendah Kedah tidak pernah mengeluarkan kenyataan menyuruh murid bukan Islam meminum air kencing sendiri.

Beliau berkata dakwaan kononnya guru berkenaan menyuruh murid bukan Islam meminum air kencing sendiri seperti yang tersebar luas di media sosial, adalah tidak betul.

“Maklumat itu (mendakwa guru menyuruh murid bukan Islam minum air kencing sendiri) adalah tidak betul. Guru itu kata murid bukan Islam jangan minum di hadapan murid Islam. Mereka boleh pergi minum di luar atau mungkin di bilik air.

“Tetapi ada murid yang tersilap faham dan mengatakan guru berkenaan menyuruh murid bukan Islam minum air kencing sendiri. Guru berkenaan tidak pernah menyebut begitu.

Kami perlu jelaskannya. Murid yang tersalah tafsir,” katanya kepada pemberita di pejabatnya di Putrajaya, Selasa, berhubung dakwaan itu.

Ahmad Tajudin berkata guru penolong kanan itu mengeluarkan kenyataan tersebut pada perhimpunan sekolah bagi menasihati murid bukan Islam supaya tidak minum di hadapan murid Islam pada bulan Ramadan ini.

Katanya, guru itu berpendapat bagi orang Islam dewasa yang berpuasa tidak ada masalah untuk melihat orang bukan Islam minum di hadapan mereka tetapi bukan bagi peringkat kanak-kanak, adalah sebaliknya.

Ahmad Tajudin berkata Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah telah menyiasat perkara itu.

Satu pertemuan di antara pihak sekolah dengan pihak murid berkenaan (memuat naik dakwaan dalam media sosial) sudah diadakan pada Ahad bagi menjelaskan situasi sebenar, katanya, lapor Bernama.




0 comments:

Post a Comment