Monday, June 29, 2015

Filled Under:

Maksud Gambar Profil Pelangi


Maksud gambar profil pelangi. Jika anda perasan dalam beberapa hari ni ramai pengguna laman sosial serta akaun rasmi syarikat terkemuka menggunakan gambar profil pelangi. Boleh dikatakan gambar pelangi akan terpapar pada setiap portal berita dan laman web terkenal.

Namun rakyat Malaysia khususnya umat Islam dinasihatkan supaya tidak terikut-ikut dengan mengubah gambar profil di laman Twitter atau Facebook anda kepada pelangi kerana ia mempunyai maksud yang tersirat.

Maksud pelangi

Untuk pengetahuan anda pelangi itu bermaksud sokongan terhadap perkahwinan iaitu lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT). Ini kerana pada 26 Jun lalu, Mahkamah Agung Amerika Syarikat telah membenarkan perkahwinan sama jantina dan mengiktiraf lesen perkahwinan yang sah kepada gay dan lesbian di semua 50 negeri dalam Amerika.

Jadi golongan gay dan lesbian kini sedang meraikan hari bersejarah kerana akhirnya perkahwinan sama jenis kini sah disisi undang-undang Amerika. Walaupun LGBT bukanlah golongan majoriti, namun rata-rata yang tidak mengamalkannya menunjukkan sokongan terhadap undang-undang baharu ini. Bagi mereka, "akhirnya cinta menang",  dan mereka turut mencipta hashtag #LoveWins 
 
Laman sosial terkemuka, Facebook turut menunjuk sokongan terhadap #LoveWins dengan menyediakan tetapan khas iaitu Celebrate Pride, yang membenarkan anda menukar gambar profil kepada pelangi dengan mudah. 

Golongan mudah lebih mudah terpengaruh dengan gambar pelangi ini apabila selebriti terkenal turut menunjukkan sokongan terhadap LGBT.





Melakukan hubungan sejenis atau memperjuangkannya dilaknat Allah SWT kerana ia bercanggah dengan syariat serta fitrah manusia. Jadi janganlah terpengaruh dengan gambar pelangi tu. Kaji dulu apa maksudnya. Jangan pulak nak ikut trend, diorang guna gambar pelangi kita pun nak jugak.





0 comments:

Post a Comment