Tuesday, June 30, 2015

Filled Under:

Teruja Sambut Syawal, Che Ta Sedia 60 Pasang Baju Untuk Dirinya, Suami Dan Anak Perempuan



Pelakon Rozita Che Wan sebelum ini pernah memberitahu beliau memperuntukkan berpuluh pasang baju kurung demi menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Kini apabila sudah berkeluarga, dia yang lebih dikenali sebagai Che Ta berkata sebanyak 60 pasang baju diperuntukkan untuk dirinya, suami dan anak perempuannya.

Isteri kepada Zain Saidin dan ibu kepada Aaisyah Dhia Rana itu mengakui untuk raya nanti sudah mempunyai 20 pasang baju kurung untuk dirinya sahaja.

"Semua baju untuk hari raya sudah pun siap dan jumlah itu sebenarnya bukanlah hanya untuk dipakai pada hari raya sahaja tetapi ketika menghadiri jemputan rumah terbuka sepanjang sebulan Syawal.

"Paling penting bukan saya sahaja ada 20 pasang baju tetapi Zain dan Aaisyah juga," katanya memetik mStar.

Che Ta juga teruja menyambul Syawal yang akan datang apatah lagi ia merupakan raya pertama buat Aaisyah.


"Teruja sebab akhirnya dapat saya beli dan pakaikan baju cantik-cantik untuk anak perempuan kerana sebelum ini asyik tengok orang lain sahaja.

"Sejak awal lagi saya sudah sediakan untuk Aaisyah malah kebanyakkan baju kami adalah dari rona sama," jelasnya lagi.

Dia juga tidak sabar menggayakan anak tunggal perempuannya itu apatah lagi sebelum ini Che Ta hanya mempunyai dua anak lelaki hasil perkahwinan terdahulu.




0 comments:

Post a Comment