Saturday, June 27, 2015

Filled Under:

Peningkatan Gejala Sosial, Restoran Mamak Di Malaysia Dilarang Beroperasi 24 Jam?





KUALA LUMPUR: Sebagai usaha membendung gejala sosial, kerajaan telah mengemukakan cadangan untuk menamatkan operasi restoran dan gerai mamak 24 jam.


Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim, cadangan itu kononnya mengambil kira aduan ornag ramai terhadap peningkatan masalah yang membabitkan golongan muda.

“Satu nota dan kertas cadangan akan diserahkan kepada Timbalan Perdana Menteri dan Majlis Sosial Negara.


“Ia bukan satu larangan menyeluruh ke atas semua restoran atau tempat makan tetapi hanya melibatkan kawasan tertentu seperti kawasan perumahan dan kawasan luar bandar,"katanya.

Bukan itu sahaja, ujar Shahidan cadangan itu dianggap relevan sebagai menghindar pembiakan haiwan seperti tikus yang menjadi penyumbang kepada faktor kebersihan dan kesihatan.

Namun begitu larangan itu tidak termasuk kepada restoran franchais seperti McDonalds dan Kentucky Fried Chicken (KFC).

Menteri itu turut berkata langkah itu juga sebagai mencontohi langkah negara-negara lain yang kebanyakkan operasi kedai makannya ditamatkan sebelum tengah malam.

“Ada zon tertentu yang membolehkan restoran dan kedai-kedai makan beroperasi untuk memastikan penduduk tidak terjejas.

“Usaha ini (membendung gejala sosial) memerlukan kerjasama Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, pihak berkuasa tempatan seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan pihak-pihak lain," ujarnya lagi




0 comments:

Post a Comment