Tuesday, June 30, 2015

Filled Under:

Kisah Penghantar Sushi Yang Mempunyai Ijazah Sarjana Bio Medical



Hari ini SK terbaca satu kisah yang agak memberi kesan kepada SK sendiri, mana tidaknya bayangkan seorang seorang pemegang Ijazah Sarjana Bio Medical sanggup bersengkang mata dan berpenat lelah untuk berniaga dan hanya menjadi penghantar suhsi.

Kalau ikutkan trend masyarakat kita sekarang kerja mestilah setaraf dengan pendidikan yang ada, contoh ada ijazah mestilah ekerja selayaknya dengan taraf ijazah dan ramai penganggur mempunyai ijazah tidak menerima kerja yang tidak setaraf dengan pendidikannya.

Ini adalah satu iktibar dan kisah terbaik yang SK jumpa yang wajib dibaca.

Beliau menceritakan tahap mentaliti rakyat Malaysia sekarang di mana ada segelintir masyarakat yang mempunyai pemikiran yang sempit dan kolot.

Berikut adalah kisahnya yang dipetik dari facebook Alu Russia:

Syukur Bhai, mulut tempayan boleh di tutup tetapi mulut manusia tak boleh…ini adalah peribahasa yang paling sesuai untuk di guna pakai bagi menjawab apa yang di kata dan di perkatakan melalui pemikiran sempit lagi kolot.

Seperti insan insan berkeluarga yang lain sudah pasti aku memerlukan usaha ikhtiar untuk mencari sesuap nasi, bukannya makam dan level aku untuk berpeluk tubuh mengharapkan rezeki dari langit, atas idea dan cadangan serta penat lelah isteri aku Ayunie Russ maka kami berdua akhirnya aku memulakan perniagaan di Bulan Ramadhan

Menyediakan beberapa jenis makanan makanan Jepun bagi mereka yang meminatinya…ambil order dan menghantar terus secara COD…pun begitu aku masih pura pura di Tanya oleh sahabat sahabat yang buat buat tak faham malah mungkin mereka memandang aku dengan pandangan sebelah mata

Seperti insan insan berkeluarga yang lain sudah pasti aku memerlukan usaha ikhtiar untuk mencari sesuap nasi, bukannya makam dan level aku untuk berpeluk tubuh mengharapkan rezeki dari langit, atas idea dan cadangan serta penat lelah isteri aku Ayunie Russ maka kami berdua akhirnya aku memulakan perniagaan di Bulan Ramadhan

Menyediakan beberapa jenis makanan makanan Jepun bagi mereka yang meminatinya…ambil order dan menghantar terus secara COD…pun begitu aku masih pura pura di Tanya oleh sahabat sahabat yang buat buat tak faham malah mungkin mereka memandang aku dengan pandangan sebelah mata…

Ceritanya seperti biasa rutin kami selepas sahur kami suami akan memulakan penyediaan unuk memasak makanan Jepun Shushi, Bento dan lain lain…kerjanya agak cerewet dan mengambil masa tetapi ianya membuatkan kami jadi gembira bila semuanya siap di pack kan untuk di hantar kepada customer customer.




Biasanya kami akan berhenti untuk solat Subuh dan akan sambung kembali selepas Musyuarat Harian Rumah dan Taalim, kemudia berhenti lagi untuk solat Dhuha, lebih kurang jam 12 tengahari semuanya telah dan akan siap, aku akan memasukkan semua Shushi box tadi ke dalam bakul-bakul besar untuk diagihkan..

Kami mengambil tempahan secara Online juga tempahan melalui pesanan Wassap dan aku akan memandu menuju kesemua tempat dan alamat alamat pelanggan untuk di hantar secara cash & Delivery(COD).

Biasanya untuk pelanggan pelanggan wanita, ahlia(isteri) aku akan berurusan manakala pelanggan pelanggan lelaki sudah pasti aku akan berurusan.

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar sehinggalah petang tadi semasa aku dan ahlia aku menghantar pesanna pelanggan di satu Pejabat Kerajaan tiba tiba aku di tegur oleh seorang kenalan yang aku tak berapa rapat sangat dengannya dan beliau adalah rakan sekerja aku semasa aku menjawat jawatan di OGP Petronas.

Rakan tak rapat: ”Assalamualaikum bro…apa khabar…buat apa kat sini…?
Aku: ”Waalaikumusalam…oohh, kau Joe…ingat siapa tadi…khabar baik…?
Rakan Tak Rapa: ”waah…lain macam Nampak sekarang…kau tak keja Oil & Gas lagi ker….?
Aku: ”Tak lah Joe…dah lama pencen Oil & Gas…”
Rakan Tak Rapat: ”Habis kau buat kerja apa sekarang…?”
Aku: ”Kerja biasa biasa jer…niaga barang makan…?”
Rakan Tak Rapat: ”niaga barang makan…barang apa tu…?”
Aku: ”Jual makanan Jepun…Shushi, Bento dan lain lain…hantar ke customer secara COD..”
Rakan Tak Rapat: ”waah…susah gak tu…tak kan laa ko belajar tinggi tinggi kerja jual kueh plak…?

Tiba tiba ahlia aku keluar dari Office pelanggannya dan melambai aku dari jauh dengan isyarat…jooom”

Rakan Tak Rapat bertanya lagi: ”Isteri kau niaga sekali ker..?”
Aku: ”Yer buat niaga sekali laa..”

Aku lalu melambai balik kat ahlia aku dengan isyarat..”5 minutes please” dan aku kata kat kawan aku…

“Bro…isteri aku Pemegang Ijazah Sarjana Muda Bio Medical tetapi dia pernah cakap kat aku…”Bang saya belajar tinggi tinggi ni bukan nyer niat nak menjawat “Jawatan Dunia” tapi cukup lah untuk membuat saya jadi cerdik supaya saya dapat mendidik anak dan zuriat saya agar tidak langgar perintah Allah dan tahu batas batas agama…”

Bhai, sememangnya benar seperti orang orang tua kita kata….mulut tempayan boleh ditutup tetapi tidak mulut manusia, segulung Ijazah Sarjana Mudah milik isteri aku Ayunie Russ masih di simpan di dalam laci almari.

Aku tak kisah apa yang korang nak kata tapi pokok pangkalnya aku juga berpegang kepada prinsip seperti mana yang ahlia aku katakana…Takpelah kalau susah di dunia yang sementara ini asalkan kita akan senang berkekalan di hari kemudian, dan belajar setinggi mana pun kalau halal haram masih tak tau nak beza maka lebih bagus kalau jadi orang kampong makan pakai setakat mana yang ada…

Betul tak…?

Wallahwaalam

Psst : orang kalau dah tak senang dengan Dakwah ni…kita buat apa pun jadi serba tak kena kat mata dia…




0 comments:

Post a Comment