Sunday, June 28, 2015

Filled Under:

Bahana tak belikan isteri beg tangan



CHINA – Ada juga perempuan mata duitan seperti ini yang sanggup terjun ke dalam sungai hanya disebabkan suaminya enggan membelikan beg tangan yang baru. Kejadian itu berlaku di timur China.
Wanita berusia dalam lingkungan 30-an itu enggan naik ke daratan dan sanggup berendam dalam tasik itu selama 20 minit hinggakan polis terpaksa memanggil suaminya untuk membantu selepas dia enggan memberikan kerjasama dengan polis.
Namun keadaan sebaliknya berlaku apabila suaminya bukannya menarik tangan wanita itu malah dia telah memegang leher wanita berkenaan dan memasukkannya kepala isterinya dalam air.
Melihat keadaan tersebut, polis terpaksa terjun ke dalam tasik itu untuk menyelamatkan wanita itu.
Menurut keterangan yang diberikan kepada polis, wanita itu turut mendakwa dia selalu dipukul suaminya dan lelaki itu telah memukulnya di jalan raya susulan pertengkaran mengenai beg tangan baru.
Suaminya kini telah memohon maaf kepada wanita tersebut dan berjanji tidak akan memukulnya lagi.
Pasangan itu bagaimanapun dibawa ke balai polis untuk disoal siasat, tetapi tidak pasti sama ada dakwaan akan dikenakan ke atas mereka. 




0 comments:

Post a Comment