Monday, June 29, 2015

Filled Under:

VIDEO: Kejadian Pembuli Jalanan Tarik Rambut Dan Maki Pengguna Jalanraya Lain



Lagi kes samseng jalanan, kali ini melibatkan pemandu sebuah kereta jenis Nissan Sentra yang berjaya dirakam di mana menujukkan aksi manrik rambut dan tolak menolak selain maki hamun.

Kejadian dikatakan berlaku di USJ 1, belakang pusat membeli belah Summit, Subang Jaya pada Ahad, 28 Jun kira-kira jam 1 tengahari dimana menunjukkan seorang lelaki telah memaki hamun pamandu kereta lain gara-gara tidak berpuas hati denagn pemandu kereta tersebut.

Pada awal video berkenaan yang berdurasi 3:03 minit menunjukkan kereta mereka seperti berhimpit-himpit dan kemudian kereta kuning berkenaan pergi dahulu.

Apabila sampai di kawasan sesak, pemandu Nisaan berkenaan kelaur dengan menghamburkan kata makian dan terus pergi ke arah pemandu kereta berkenaan dan menarik rambut.


Pemandu berkenaan juga dilihat menampar muka lelaki berkenaan tetapi ti dak di lawan. Kelihatan seorang lelaki lain yang memerhati kejadian berkenaan telah mendaaptkan mereka.

Apabila sampai dia bertindak menutup pintu kereta Nissan berkenaan dan cuba menolak pemandu tersebut.

Bagaimanapun tindakan itu membuatkan seorang perempuan keluar dari kereta Nissan berkenaan dan cuba mempertahankan suaminya.

Orang ramai mula berkerumun dan diliaht pemandu Nissan itu sekali lagi mengeluarkan kata-kata ke arah lelaki berkenaan.

Akhirnya kes tersebut diliaht selesai selepas mereka diliaht masuk ke dalam kereta msing-masing dan berlalu pergi. 




0 comments:

Post a Comment