Monday, June 29, 2015

Filled Under:

Prank Melampau, Paris Hilton Jadi Mangsa Pesawat Terhempas?

Selebriti terkenal Hollywood, Paris Hilton menjadi mangsa ‘prank’ melampau apabila pesawat yang dinaikinya hampir terhempas gara-gara rancangan tersebut.

Paris yang menjadi mangsa sebuah rancangan televisyen  yang dikendalikan oleh pelakon Mesir Ramez Galal telah mencetus kemarahan peminatnya.

Malah video ‘prank’ itu telah dimuatnaik di YouTube dan menjadi perbualan hangat di media sosial.

Melalui video tersebut, difahamkan Paris menerima satu jemputan untuk menghadiri satu majlis di Dubai dan kemudiannya dipelawa menaiki sebuah pesawat untuk meninjau pemandangan disekitar bandar tersebut.

Sebelum kejadian berlaku, Paris seperti biasa berbual-bual dengan pelakon itu dan tidak lama kemudian juruterbang membuat aksi seolah-olah pesawat tersebut hilang kawalan dan bakal terhempas.

Lebih teruk lagi apabila seorang penumpang membuka pintu pesawat dan mula menyelamatkan penumpang dengan ‘mencampak’ mereka keluar.

Paris Hilton yang panik dan terkejut melihat tindakan itu kemudiannya menangis serta menjerit sambil berkata:

“Tidak! Saya tidak akan terjun dari pesawat ini!” jeritnya.

Bagaimanapun, pesawat itu kemudiannya mendarat dengan selamat dan Paris masih lagi kelihatan agak trauma dengan kejadian itu.

Dalam pada itu, Ramez memberitahu Paris bahawa kejadian itu adalah sebuah 'prank' namun penyanyi itu tidak kelihatan begitu gembira.

Malah Paris menambah rancangan ini adalah tidak masuk akal dan ‘gila’.

“Saya fikir saya akan mati dan saya begitu takut untuk mati di dalam kapal terbang.

“Saya pernah lihat Punk’d (terbitan MTV) tetapi prank ini tahap yang berbeza dan ini memang gila,” katanya.

Video tersebut telah mengundang pelbagai reaksi dan rata-ratanya menganggap prank rancangan tersebut melampau dan bersimpati ke atas Paris Hilton.

Sumber: USA Today.







0 comments:

Post a Comment