Pengalaman perit hidupnya yang barlaku dua minggu lalu di mana beliau telah terlantar kritikal di hospital gara-gara telah dipatuk oleh haiwan kesukaannya iaitu ular tedung.
Beliau yang dikenali sebagai Abu Zarin yang kini berkhidmat di Balai Bomba Segamat kini beransur sehat dan sudah sedar seperti biasa.
Kisah mengenai lelaki ini telah kami siarkan sebelum ini, beliau merupakan seorang anggota bomba yang pakar dalam mengendalikan haiwan berbisa di mana dia pernah menarik perhatian pihak TV3 untuk diadakan dokumentari untuk rancangan Majalah 3.
Menurut kenyataan rakan sekerjanya di Balai Segamat yang SK hubungi dua minggu lalu Abu sememangnya mengambil semua tugas jika ada kes melibatkan haiwan berbisa. Dia adalah profesional dalam hal ini.
BACA: Anggota Bomba Kritikal Selepas Dipatuk Ular Di Balai Segamat
Semalam, beliau melalui laman Facebooknya semalam telah berkongsikan pengalaman pahitnya dan detik-detik cemasnya itu di mana pada hari kejadian iaitu 14 Jun 2015 kira-kira jam 3 petang di mana tidak dijangka kerana sedikit kecuaiannya dia telah digigit oleh ular tedung selar sepanjang 15 kaki dan berat 5 kilogram lebih.
"Taring ular berkenaan terbenam di lengan saya kira-kira 10 saat tetapi saya tidak panik di mana sebelum saya tidak sedarkan diri saya telah cabut kepala ular berkenaan dan pijak kepalanya untuk mengelakkan terlepas dan membahayakan orang lain."
"Saya terus basuh luka dengan air paip sambil menekan-nekan tangan dan menhisap tempat luka untuk keluarkan bisa, saya masukkan ular ke dalam sangkar untuk ke hospital Segamat,'' ceritanya.
Menurut Abu lagi, dia telah menyuruh kawannya ikatkan tangan dan semasa keluar dari balai dia terus tidak sedarkan diri sehingga di wad kecemasan dia tersedar.
"Semasa saya tersedar balik saya meronta-ronta kerana tidak boleh bernafas dan meminta doktor memberikan alat bantuan pernafasan dan kemudiannya saya tidak sedarkan diri kembali." ceritanya detik cemas semasa di hospital dalam keadaan bertarung nyawa.
Kawan-kawan yang datang ke hospital telah mengalirkan air mata kerana ada mengangap beliau sudah mati. Doktor melakukan pembedahan di tangannya untuk mengurangkan bengkak dan mencuci sisa-sisa bisa.
"Doktor telah berjumpa dengan pegawai kanan bomba zon Muar dan mengatakan harapan untuk saya hidup sangat tipis kerana menurutnya nafas saya sekejap ada sekejap tidak ada di mana doktor mengatakan hanya bergantung kepada semangat budak ini 'saya' saja."
"Pada petang 15 Jun saya mula sedarkan diri selepas 13 jam koma dan saya dengar pegawai zon Muar cakap dengan doktor yang saya sudah biasa dengan ular dan pakar ular dalam jabatan membuatkan saya terua semangat untuk bangun."
"Kejadian ini telah membuka mata saya tentang ular dan kaedah moden dan tradisional dalam merawat gigitan ular," Katanya lagi.
Menurut abu lagi, dia tidak akan patah semanagt dan makin bersemangat untuk mengendalikan dan mengkaji haiwan berbisa ini kerana ini adalah jalan hidup serta kerjayanya kerena dia adalah WIRA PENYELAMAT.
0 comments:
Post a Comment