Thursday, June 18, 2015

Filled Under:

Rezvani Beast: Sebuah Lagi Kereta Berprestasi Tinggi Memasuki Pasaran


Rezvani Beast ialah sebuah lagi kereta berprestasi tinggi yang memasuki pasaran. Kenderaan yang dihasilkan di California ini direka oleh Samir Sadhikov. Ia diperbuat daripada gentian karbon dan diperkasakan oleh enjin 2.4 Liter Super dan Turbocharger. Ia mampu memecut sehingga 265 kilometer sejam. Berbeza dengan kereta berprestasi tinggi yang ada di pasaran sekarang, Beast tidak menggunakan sebarang bantuan elektronik untuk dipandu. Segalanya bergantung kepada kepakaran pemandu sendiri. Ini adalah sebab mengapa ianya dihasilkan kerena pemilik syarikat Rezvani bosan dengan kereta zaman sekarang yang terlalu bergantung kepada komputer. Harga jualan sebuah Beast ialah USD 139 000 (RM 516 000).






0 comments:

Post a Comment