Wednesday, June 17, 2015

Filled Under:

ZULIN AZIZ DIDAKWA GUNA BOMOH UNTUK DAPATKAN CINTA ARIZ FORTEEN



"Zulin Aziz bomoh kan Ariz Forteen selama ini kerana cinta dia di tolak Ariz Forteen," demikianlah tulis pengguna akaun Instagram palsu yang mendakwa Zulin Aziz menggunakan bomoh untuk mendapat cinta Ariz Forteen.

Zulin Aziz baru-baru ini ada memuat naik sekeping foto yang menunjukkan dia difitnah olehnya. Foto tersebut berkapsyen seolah-olah naik angin dengan seorang peminat fanatik Ariz Forteen yang iri hati dengannya. 

Kalau sebelum ni kita ada dengar yang pelakon dan pengacara Zulin hangat bercinta dengan penyanyi Ariz Forteen, bahkan mereka dikhabarkan sudah bertunang. 

Namun khabar angin tersebut disangkal oleh Zulin Aziz dan menjelaskan yang Ariz dan One Forteen itu hanyalah bff dia. 

"Kalau ya pun awak fanatik sangat kat dia, suka dia, rasa cemburu ke apa ke tak payahlah sampai fitnah saya. Awak rasa dengan cakap macamtu awak dapat Ariz Lufias ke? 

 

"Allahuakhbar. Awak sendiri mengingatkan kat situ tentang taubat dan kebesaran Allah. Awak tak takut ke?? Tolonglah hentikan. Saya tau awak stalk saya. Jadi bila baca ni pandai-pandailah ye? 

"Alfitnatul Ashaddu Minal Qhod.-Natasya ke apa nama budak ni, Tolonglah. Ni bukan kali pertama. Sejuta acc instagram pun awak buat saya tau itu awak," ujar Zulin dipetik sebagai berkata. 

Sabar jelah Zulin, orang kalau dah cemburu memang macam tu. 





0 comments:

Post a Comment