UNTUK pengetahuan anda, wanita Iran sebenarnya terikat dengan kewajiban menutup kepala apabila keluar dari rumah kerana tertakluk kepada undang-undang yang telah ditetapkan negara itu semenjak tahun 1979.
Berikutan itu, mana-mana wanita yang gagal mematuhi undang-undang tersebut akan dikenakan denda kerana dianggap tidak berpakaian sopan.
Dek kerana kekangan itu, muncul segelintir wanita Iran yang cuba mencabar pelaksanaan undang-undang tersebut kerana menyifatkan ianya peraturan yang lapuk dan tidak adil.
Kumpulan yang dikenali sebagai My Stealhty Freedom, bukan sahaja menghentam undang-undang tersebut malah bertindak melancarkan protes dengan menyarankan wanita Iran memuat naik gambar membuka hijab.
Malah, kumpulan ini dilaporkan berjaya menarik hampir 830 ribu pengikut di laman Facebook.
Menerusi laman itu, ahli-ahlinya juga dilihat lantang bersuara tentang hak kebebasan tanpa hijab yang mereka inginkan.
“Sebagai seorang wanita Iran, saya menentang undang-undang mewajibkan hijab. Saya mahukan kebebasan untuk diri, anak dan semua wanita Iran,” kata salah seorang ahli My Stealhty Freedom.
Dalam pada itu, page tersebut turut mendapat sokongan pelbagai wanita dari pelosok dunia.
Bagi kumpulan ini, rambut adalah satu anugerah kecantikan yang harus dipamerkan dan bukan untuk disembunyikan.
0 comments:
Post a Comment