Friday, June 19, 2015

Filled Under:

Sedia tempat rakam gambar selfie




Yogyakarta: Pihak pengurusan Taman Negara Gunung Merapi bakal membina satu lokasi untuk memudahkan pendaki merakam gambar selfie dengan selamat di gunung berkenaan.

Pengarah taman negara itu, Suwignyo berkata, cadangan membina lokasi berkenaan dibuat selepas seorang pendaki maut ketika cuba merakam gambar selfie di kawah gunung itu bulan lalu.

Eri Yunanto maut selepas terjatuh ke dalam kawah gunung ketika memanjat tebing untuk merakam gambar selfie.

“Kemalangan itu menyebabkan kami mengambil keputusan menyediakan lokasi mengambil gambar yang lebih selamat,” katanya.

Ujarnya, lokasi mengambil gambar itu dibina kira-kira satu kilometer dari puncak gunung.

Tambahnya, lokasi itu nanti akan memberi peluang kepada pendaki merakamkan gambar pemandangan menarik gunung berkenaan.

“Saya berharap lokasi ini akan mengurangkan jumlah pendaki yang cuba merakamkan gambar selfie di lokasi bahaya di gunung itu,” jelasnya.




0 comments:

Post a Comment