'Cakap! Kau Ada Main Dengan Dia Tak!?'
MIRI - Seorang remaja lelaki ditangkap oleh polis di atas dakwaan mer0g0l teman wanitanya yang baru berusia 14 tahun di rumah gadis itu sendiri.
Suspek berusia 15 tahun yang masih bersekolah itu ditahan oleh polis di rumahnya di Kampung Wireless pada jam 11.30 malam tadi, setelah ibu mangsa membuat laporan polis.
Difahamkan, gadis terbabit berada di rumah bersendirian dan dan didatangi oleh teman lelakinya pada jam 1 petang.
Suspek masuk ke rumah kekasihnya itu sewaktu ahli keluarganya tiada di rumah dan di kesempatan itu, mereka melakukan hubungan se-ks.
Bagaimanapun, perbuatan suspek terbongkar apabila mangsa memberitahu ibunya akan kedatangan suspek ke rumah mereka menyebabkan ibu mangsa mengesyaki suspek telah melakukan hubungan se-ks dengan anak daranya.
Ibu mangsa kemudian mendesak anaknya menjelaskan perkara sebenar. Mangsa mengakui mereka berdua ada melakukan perkara itu.
Berang dengan insiden itu, ibu mangsa terus segera membuat laporan di Balai Polis Miri untuk tindakan lanjut.
Polis berjaya menahan suspek di rumahnya dan direman beberapa hari untuk membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan
0 comments:
Post a Comment