Mumbai : Lebih 30 orang mati akibat minum minuman keras buatan sendiri sejak semalam dan polis sudah menahan seorang lelaki yang dipercayai menghasilkan arak itu.
Menurut polis, jumlah mangsa yang mati meningkat kepada 33 orang hari ini, sehari selepas penduduk kawasan setinggan minum arak murah itu, semalam.
Seramai 18 orang mati malam tadi, beberapa jam selepas minum arak itu manakala selebihnya mati hari ini dan lebih 20 orang sedang dirawat di hospital.
Polis sedang menyoal siasat lelaki yang dipercayai membuat dan menjual minuman keras beracun itu kepada pekerja di kawasan setinggan terbabot.
Kematian akibat minum arak buatan sendiri yang sesetengahnya dicampur racun tikus supaya lebih ‘keras’ menjadi kebiasaan di India kerana penduduk miskin tidak mampu membeli arak daripada penjual berlesen. - AP
MAYAT seorang daripada 32 penduduk Kampung Adampur di Uttar Pradesh yang mati selepas minum arak buatan sendiri pada 2013.
0 comments:
Post a Comment