Tuesday, June 30, 2015

AJK Surau Putrajaya TAMPAR DAN MAKI HAMUN BUDAK Ketika Berbuka


 SEBAGAI seorang yang diberi kepercayaan menjaga hal ehwal tempat ibadah, Ahli Jawatankuasa (AJK) Surau mestilah menunjukkan sahsiah yang baik kepada masyarakat.

Pastinya perkataan role model biasa juga didengar oleh golongan ini.

Justeru, adalah tidak patut apabila seorang AJK Surau di Persint 11, Putrajaya dikatakan menampar dan menyepak seorang budak lelaki sewaktu orang ramai berbuka puasa di surau terbabit baru-baru ini.

Menerusi status Facebook Memori Semalam, kejadian tersebut dikongsikan kepada umum.

Jom lihat ceritanya.

Sedih lihat peristiwa yg berlaku sebelum waktu berbuka puasa tadi di sebuah surau di Presint 11 Putrajaya.

Apabila seorang AJK Surau tersebut (memakai baju koprat sama warna hijau) telah menolak dan menampar seorang budak lelaki (dalam lingkungan usia 9 – 11 tahun) di waktu para jemaah sedang bersiap sedia untuk berbuka puasa.

Tak cukup dengan tangannya yg menampar dan menolak budak lelaki tersebut. Mulut lelaki tua tersebut memaki dan mengeluarkan kata2 kesat kepada budak tersebut dan menghalaunya keluar dari kawasan surau.

Hari ini sekolah agama yg menumpang di bawah kawasan surau tersebut mengadakan majlis berbuka puasa bersama pelajar dan ibu bapa di surau tersebut.

Walau pun mungkin budak lelaki tersebut ada membuat kesalahan, tidak sewajarnya dia di malukan dan diperlakukan sedemikian di hadapan kawan- kawannya dan para jemaah yg lain.

Inikah caranya orang tua yg dilantik sebagai AJK Surau menunjukkan cara bagaimana mendidik anak2 supaya mendekati dan mendampingi surau sebagai institusi yg melahirkan seorang muslim yg baik.

Diharap perkara sebegini tidak berulang.

Yg tua perlu menghormati yg muda jika si tua mahu dihormati oleh mereka.

Ramadan sepatutnya mendidik kita menjadi seorang yg penyabar, bukan menjadikan kita seperti seekor singa lapar yg menjadikan budak kecil mangsa kerakusan kita di rumah suci Tuhan yg empunya segala-galanya.


Mungkin terdapat kesalahan yang dilakukan oleh budak lelaki terbabit namun mengapa sampai sebegitu kejamnya tindakan AJK tersebut?

Kami difahamkan perbuatan itu mungkin ada hubungkait dengan rasa tidak puas hati AJK berkenaan dengan ibu atau bapa kanak-kanak itu.

Andai benar, sungguh malang kanak-kanak itu dijadikan mangsa untuk melepaskan kemarahan.

Cadangan kami agar lantik sahaja AJK baru di surau terbabit kerana orang sebegini memang susah hendak dikikis sifat barannya.

Apa-apa pun, bulan yang mulia ini janganlah disia-siakan dengan hal seperti ini, seharian berpuasa menahan lapar dan dahaga namun mungkin sekelip mata sahaja boleh hilang keberkatannya.



AWAS !!! Powerbank PINENG Tiba-Tiba Meletup Hampir Akibatkan Keluarga Lelaki Ini Kemalangan


Zaman sekarang ini kalau nak beli smartphone mesti kena standby powerbank sekali kan? Malah ada kedai yang memang siap bagi free gift powerbank untuk tarik perhatian pelanggan.

Apa yang menjadi persoalan sekarang sejauh mana tahap keselamatan powerbank korang itu? Original ke tidak?

Pengalaman mencemaskan lelaki ini berdepan dengan situasi di mana powerbank miliknya secara tiba-tiba meletup dan terbakar pasti bakal buat korang lebih berhati-hati. Iyalah meletup kot!

Meletup di dalam kereta


Menurut lelaki yang bernama Abby Ashraff ini, powerbank miliknya secara tiba-tiba meletup sehingga berlakunya kebakaran kecil.

Lebih menakutkan, ianya berlaku saat mereka sekeluarga berada di dalam kereta. Akibat kebakaran tersebut, beberapa barangan lain turut rosak.

Tindakan pantas mencampakkan beg berisi powerbank tersebut menyelamatkan mereka daripada sebarang kecedaraan.

The power’bang’ epic


Menerusi ruangan komen, powerbank tersebut dikatakan berada di dalam idle mode dan tidak digunakan namun ianya meletup secara tiba-tiba. Mujur ada seorang pemandu taxi yang datang membantu.

Fuh! Memang bahaya betul. Jika diamati betul-betul, powerbank tersebut mirip sebuah powerbank berjenama PINENG yang diguna ramai.

Jadi pesanan kami berhati-hati lah ye, bukan kita minta semua ini berlaku tapi itu lah malang tak berbau!

Sumber : Facebook Abby Ashraff


[VIDEO] Pemandu KURANG AJAR Dirakam Menarik Rambut Dan Hentak Muka ORANG TUA !


PETALING JAYA - Video seorang pemandu lelaki mengasari pemandu warga emas di USJ 1, belakang Summit USJ, tersebar di laman Facebook sejak malam tadi. 

Video berdurasi 3 minit 56 saat itu berjaya dirakam oleh videocam seorang pemandu yang kebetulan melalui jalan yang sama.

Pemandu Nissan Sentra ST5199F itu dilihat tidak berpuas hati dengan pemandu warga emas yang memandu kereta Ford Laser WBF9352

Kejadian itu dipercayai berpunca dari mangsa yang tidak menyedari kereta Nissan di sebelah kiri hendak memotong keretanya. Justeru lelaki itu menganggap mangsa sengaja tidak mahu memberikannya ruang untuk memotong.

Berang dengan tindakan mangsa, lelaki itu mula bertikam lidah dengan mangsa. 

Sebaik kereta mangsa berhenti untuk beratur mengambil giliran membuat pusingan U, lelaki itu keluar dari kereta dan bertikam lidah dengan mangsa sekali lagi. Berang dengan dengan lelaki tua itu, dia terus meluru ke arah mangsa dan menarik rambutnya sebelum kembali buat kali kedua menolak muka mangsa. 

Bagaimanapun, seorang lelaki berbaju merah yang menyaksikan kejadian itu segera membantu mangsa dan menahan pemandu Nissan itu dari terus bertindak ganas. 

Malangnya, tindakan lelaki baju merah itu pula mengundang rasa tidak puas hati isteri dan anak kepada pemandu Nissan berkenaan. 

Namun, antara babak yang paling menarik sekali ialah:

Pengguna jalan raya dinasihatkan tidak bertindak melulu dan memandulah dengan berhemah. Tiada gunanya bergaduh hanya kerana sebatang jalan atau hanya kerana ingin cepat. Pandu cermat, jiwa selamat.


Lagi Kes GAMBAR BOGEL, Kali Ini Di Cameron Highland !


Jika baru-baru ini negara digemparkan dengan kes pelancong asing yang biadap bergambar bogel di atas Gunung Kinabalu di mana perbuatan itu bukan sahaja menerima kritikan hebat dari pada netizens malahan masyarakat seluruh dunia.

Adakah berbogel di tempat yang dilawati ini sudah menjadi trend di kalangan pelancong?

Terbaru berlegar di laman sosial beberapa keping gambar menunjukkan keliba seorang lelaki telah mengambil gamabr bogel di atas Gunung Irau yang terletak di Cameron Highland tetapi tidak dapat dipastikan samaada rakyat Malaysia sendiri atau pelancong asing


Di dalam gambar tersebut (tidak dapat dipastikan bila berlaku) menunjukkan seorang lelaki berkacamata  telah mengambil beberapa keping gambarnya berlatar belakangkan papan tanta yang tertutlis Brinchang 2.35KM bersama bendera Malaysia dibelakang.

Dia menggayakan pelbagai aksi antaranya menutup bahgian sulitnya dengan papan tanda yang tertulis Gunung Irau.

Perbuatan seperti ini amatlah biadap dan tidak boleh dibiarkan terus berlaku,. Tindakan keras haru diambil terhadap lelaki ini dan mana-mana individu yang melakukan aksi seperti ini supaya tidak berleluasa di negara kita. 


Hubungan Direstui Keluarga, Akim Tunggu Stacy Dapat Seru Untuk Peluk Islam

Hubungan diantara bekas peserta Akademi Fantasia iaitu Akim Ahmad dan Stacy bukan lagi rahsia mahupun cerita yang baru. Sejak daripada perkenalan di dalam akademi, kedua mereka akrab dan ada pula yang mendakwa mereka bermain cinta.
Rata-rata pengikut dunia hiburan tempatan sudah mengetahui tentang hubungan cinta ini namun baru-baru ini, Akim akhirnya membuka mulut dan mendedahkan sendiri perihal percintaan mereka.
Dalam perkembangan terbaru, Akim memaklumkan bahawa keluarga dari kedua-dua belah pihak telah merestui hubungannya dan Stacy dan kini, dia sedang menunggu buah hatinya itu untuk memeluk Islam.
Memetik kenyataan pelantun lagu Mewangi itu dari sebuah portal hiburan, “Saya sendiri pun tak sedia lagi untuk berkahwin. Kita tunggu seru Tuhan dan tinggal dia (Stacy) nak peluk Islam. Tetapi kami sudah ke arah itu.
“Kedua-dua buah keluarga sudah merestui hubungan kami. Jadi untuk ke peringkat seterusnya saya rasa perlu menyiapkan banyak perkara dalam kehidupan.
“Sebab kehidupan berkeluarga ini satu perkara yang berbeza, mungkin bila kita seorang kita dapat kawal semua itu, tapi bila sudah berkeluarga semua itu ada batasnya.
“Saya belum bersedia ke arah itu sebab masih lagi berkeinginan dan orang tak boleh halang,”tutur Akim mengenai perkembangan terbarunya itu.
Sementara itu, Akim turut memberitahu, seandainya mereka mendirikan rumah tangga kelak, dia tidak mempunyai masalah untuk mendidik Stacy kerana yakin dengan ilmu yang dipelajarinya selama ini.
“Insya-Allah untuk mendidik tidak ada masalah sebab kita pun ketua keluarga. Ilmu yang diberikan oleh ibu bapa saya itu cukup lengkap dan tahu akan batas-batasnya, yang penting niat kita sendiri,”tambahnya.
Hubungan diantara bekas peserta Akademi Fantasia iaitu Akim Ahmad dan Stacy bukan lagi rahsia mahupun cerita yang baru. Sejak daripada perkenalan di dalam akademi, kedua mereka akrab dan ada pula yang mendakwa mereka bermain cinta.
Rata-rata pengikut dunia hiburan tempatan sudah mengetahui tentang hubungan cinta ini namun baru-baru ini, Akim akhirnya membuka mulut dan mendedahkan sendiri perihal percintaan mereka.
Dalam perkembangan terbaru, Akim memaklumkan bahawa keluarga dari kedua-dua belah pihak telah merestui hubungannya dan Stacy dan kini, dia sedang menunggu buah hatinya itu untuk memeluk Islam.
Memetik kenyataan pelantun lagu Mewangi itu dari sebuah portal hiburan, “Saya sendiri pun tak sedia lagi untuk berkahwin. Kita tunggu seru Tuhan dan tinggal dia (Stacy) nak peluk Islam. Tetapi kami sudah ke arah itu.
“Kedua-dua buah keluarga sudah merestui hubungan kami. Jadi untuk ke peringkat seterusnya saya rasa perlu menyiapkan banyak perkara dalam kehidupan.
 “Sebab kehidupan berkeluarga ini satu perkara yang berbeza, mungkin bila kita seorang kita dapat kawal semua itu, tapi bila sudah berkeluarga semua itu ada batasnya.
“Saya belum bersedia ke arah itu sebab masih lagi berkeinginan dan orang tak boleh halang,”tutur Akim mengenai perkembangan terbarunya itu.
Sementara itu, Akim turut memberitahu, seandainya mereka mendirikan rumah tangga kelak, dia tidak mempunyai masalah untuk mendidik Stacy kerana yakin dengan ilmu yang dipelajarinya selama ini
“Insya-Allah untuk mendidik tidak ada masalah sebab kita pun ketua keluarga. Ilmu yang diberikan oleh ibu bapa saya itu cukup lengkap dan tahu akan batas-batasnya, yang penting niat kita sendiri,”tambahnya.


Selesa Bersama, Emma Maembong Dan Kamal Adli Tak Letak Harapan Tinggi Pada Hubungan










Pelakon Kamal Adli akhirnya mengakui dia kini dalam proses sedang mengenali hati budi Emma Maembong.
Malah Kamal Adli berkata Emma Maembong merupakan satu-satunya wanita yang paling  rapat dengannya.
"Kami memang berkawan dan saya boleh katakan dia teman wanita yang paling rapat buat masa sekarang ni. Segala masalah kami kongsi bersama.
"Saya boleh katakan fasa sekarang adalah kami dalam proses mengenali hati budi masing-masing.
"Namun apa yang kan berlaku akan datang saya tidak berani untuk berkata apa-apa lagi," katanya.
Kamal ditemui media ketika hadir menemani Emma Maembong di acara pertunjukan koleksi Raya Melinda Looi di Kota Damansara semalam.
Kamal diminta mengulas selepas sekeping gambar  mereka kelihatan mesra tersebar di laman sesawang baru-baru ini.
Pun begitu, Kamal menegaskan dia bukan lah punca keretakan hubungan Emma dan pelawak Zizan Razak sebaliknya mula berkawan rapat setelah pelakon wanita itu kembali single.
"Saya tahu  ramai buat tuduhan saya punca keretakan hubungan mereka sebelum ini tetapi ia sama sekali tidak benar kerana kami mula rapat setelah masing-masing mengalami kekecewaan dalam percintaan,"jelasnya.


Puasa & Makan: Kaza Bersahur Dengan J.LO



Pelakon Kazar Saisi telah berkongsi fotonya sedang bersahur bersama selebriti popular antarabangsa Jennifer Lopez atau J.LO pada Rabu lepas.

Kazar Saisi atau lebih dikenali sebagai Kaza itu sememangnya gemar berkongsi foto-foto lucunya di akaun Instagram (IG) miliknya.

Lebih menarik lagi, sejak dua tahun lalu, penyanyi yang juga pelawak itu gemar memuat naik fotonya yang diedit bersama J.LO.

Malah, yang terbaru fotonya bersama pelakon Maid in Manhattan itu sedang bersahur Nasi Goreng Cina turut mendapat perhatian para pengikutnya.

Kapsyen lucu yang ditulis Kaza ialah:

“Bangun sahur...jgn malas2...tengok #dakjenni pon bangun sahur walaupon xbrape nk sempurna...dah pesan tapi dia kata cuaca panas kat guangzhou ni...dia join sbb nk bagi semangat kat uolz bangun sahur walaupon dah 35kali nguap...penat siang tadi cari kain ela nk niaga baju kurung raya...” tulisnya.

Untuk hiburan anda semua, Astro Gempak kongsikan beberapa foto Kaza bersama J.LO di bawah:









Tidak Gemar Ke Bazar Ramadan, Sam Bunkface Lebih Suka Isteri Masak


Vokalis kumpulan Bunkface, Sam mendedahkan bahawa dia dan isterinya Aida Azira Hussin tidak begitu gemar untuk membeli juadah di bazar Ramadan.

Menurut Sam, dia lebih suka sekiranya juadah yang disediakan adalah hasil dari air tangan isterinya sendiri.

“Ini merupakan kali pertama saya menyambut ramdan sebagai seorang suami.

"Jadi sudah pasti saya lebih suka jika juadah berbuka itu disediakan oleh isteri saya.

“Lagi pun saya dan isteri juga tidak begitu gemar untuk ke bazar kerana isteri saya lebih suka memasak sendiri di rumah.

“Lagipun kalau masak, bau hidangan yang disediakan itu akan bau satu rumah dan ia akan membangkitkan selera makan,” katanya ketawa.

Sam atau nama sebenarnya Shamsul Annuar Mohd Baharum berkata demikian ketika ditemui pada majlis berbuka puasa Sony Music baru-baru ini.

Bercakap mengenai aktiviti harian ketika bulan Ramadan, Sam memberitahu dia mengurangkan sedikit aktiviti seni dan banyak menghabiskan masa di rumah.

“Saya ambil masa untuk berehat sebentar sempena bulan Ramadan ini dan begitu juga dengan kumpulan Bunkface.

“Dan saya rasa inilah peluang untuk melakukan amal ibadah selain menghabiskan masa bersama isteri di rumah.” ujarnya.


Adik Neelofa: IG Itu Palsu, Bukan Saya Yang Tegur Fazura



Adik kepada pelakon dan pengacara Neelofa, Ameera menafikan dakwaan yang mengatakan dia telah menegur Fazura tentang gaya berhijabnya.

Perkara itu dijelaskan sendiri oleh Ameera melalui satu foto yang dimuat naik di akaun Instagram (IG) @liltlemisskhan pada Rabu.

Menurut Ameera, fotonya telah disalah gunakan oleh pemilik akaun @ameerakhan812 dan menjelaskan bahawa IG tersebut adalah palsu.

Malah Ameera dengan tegas berkata dia tidak mempunyai akaun IG yang lain melainkan @lilttlemisskhan dan memohon supaya pengikut laman sosial tidak terpedaya dengan IG palsu tersebut.

“I came across a blog that has a story written down about ‘me’ using foul language on a well-known Malaysian actress’ post.

“So here I’m making very very clearly that this is my only account. I do not have any other Instagram account .

"@ameerakhan812 is not me. Please make sure your facts are right before you commit a sin. I’m sorry for misunderstandings, I didn’t mean to hurt anyone. Thank you.” tulisnya panjang lebar.

Terdahulu, nama Ameera telah menjadi perbualan hangat selepas pemilik IG @ameerakhan812 telah menegur aurat actress Fazura yang dengan nada sinis.

Akibat daripada kejadian itu, Ameera menerima ktitikan hebat sebelum tampil memberikan penjelasan.


Isu Maki Peminat: Mufti Perak Minta Azwan Ali Hayati Surah Al-Hujurat


Sikap biadab pengacara popular, Azwan Ali yang mencetuskan kontroversi kerana tweetnya baru-baru ini dikatakan tidak menggambarkan teladan dan sifat seorang Muslim sebenar.
Menurut Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria, apa yang dipaparkan Azwan di akaun Twitternya juga menunjukkan ciri-ciri golongan fasik.
"Sikap dia bukan sikap Muslim yang berpuasa. Bulan puasa begini kita hendak lahirkan orang yang bertakwa.
"Jadi apa yang dia lakukan itu menggambarkan sifat fasik. Dia seperti tidak menghormati bulan Ramadan. Apa yang dia cakap bukan macam orang berpuasa.
"Tuduh menuduh dan memaki orang lain bukan sifat Muslim. Dia bukan sahaja menuduh malah kenyataannya penuh dengan prasangka buruk," katanya ketika dihubungi Astro Awani mengulas kontroversi Azwan yang tersalah tafsir komen seorang pengikutnya di Twitter.
Catatan awal Azwan Ali bertanyakan restoran terbaik untuk berbuka puasa mendapat reaksi pengikutnya dan salah seorang daripada mereka mencadangkan restoran 'Me'nate'.
Namun Azwan Ali yang tersalah anggap jawapan itu terus mengherdik pengikutnya yang bernama Nur Azira Wazi Azman  dengan kata cacian selain dianggap sesuatu yang kelakar dan memalukan oleh pengguna sosial lain.
Dalam pada itu Dr Harussani meminta  Azwan Ali menghayati surah al-Hujurat yang jelas meminta orang-orang yang beriman untuk menjauhi sifat banyak prasangka buruk kepada orang lain.
"Ayat di dalam surah itu jelas meminta orang-orang yang beriman supaya tidak mencari-cari kesalahan dan keaiban orang selain tidak mengumpat," ujarnya

Sumber: Astro Awani


Selepas Digertak Rani Kulup, Azwan Ali Akhirnya Mohon Maaf


Kecoh di laman Twitter sejak beberapa hari yang lalu apabila persengketaan antara Azwan Ali dan peminatnya selepas perselisihan faham mengenai cadangan tempat makan.
Semuanya bermula beberapa hari lalu apabila salah sangka peminat bernama Nur Azira Wazi Azman mengutarakan kata-kata kejian  yang sebenarnya merupakan nama sebuah restoran.
Akibat daripada itu, Azwan dilihat mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun terhadap Azira  yang berterusan dalam bentuk beberapa siri tweet makian serta pelbagai muat naik video di Instagram.
Tindakan tersebut mendapat perhatian umum dan pemilik restoran yang diperkatakan iaitu Me'nate Steak Hub, Chef Mustaffa Othman menjemputnya Azira untuk makan percuma di restoran itu.
Tidak terhenti setakat itu, Azwan dilihat terus mengeluarkan kata-kata makian di Twitter yang memperlekehkan situasi itu dan langsung tidak menghiraukan permohonan maaf Chef Mustaffa terhadap kekeliruan nama premisnya.
Isu ini menarik perhatian Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup. Beliau menyatakan akan membuat laporan polis atas kelantangan mulut Azwan kecuali pengacara itu meminta maaf terlebih dahulu.
“Ayah bagi tempoh masa seminggu untuk dia berbuat demikian, sekiranya dia masih gagal untuk minta maaf, ayah akan lapor pada pihak berkuasa,” ujar Abdul Rani.
Sehubungan dengan amaran itu, Azwan dilihat telah memuat naik satu kapsyen panjang di laman Instagramnya yang dilihat sebagai permohonan maaf pada Selasa.
Sumber: Astro Awani


Perbualan Anak Gadis dan Ayahnya Mengenai Iphone 6 Bakal Buat Anda Sebak

Perbualan Anak Gadis dan Ayahnya Tentang Iphone 6 Buat Ramai Terkesima

Kisah yang bakal anda baca ini wajar diambil pengajaran bagaimana berharganya seorang anak gadis kepada ayahnya. Ingatlah anak-anak gadis di luar sana, walaupun anda bukan ratu di hati kekasih atau suami anda, anda tetap ratu di hati ayah anda.

Ikuti kisahnya di bawah ini.

Daughter bought a brand new I phone six. She got a screen protector along and beautiful phone cover as well. She showed her new phone to her dad and the conversation is as follows..

Dad: this is a nice phone. How much did you pay for it?

Daughter: it's 700 dollars for the phone, 20 dollars for the phone cover, 5 dollars for the screen protector.

Dad: oh why did you get the screen protector and the phone cover, you could have saved 25 dollars.

Daughter: dad! I've spent 700 dollars on my phone whats the point if I don't spend 25 dollars for its safety? And more over this cover makes my phone look beautiful.

Dad: is it not an insult to the apple company that it did not make the phone safe enough?

Daughter: no dad! They in fact recommend us to get the screen protector and the phone cover for its safety. And I dint want it to get damaged.

Dad: does it reduce the beauty of the phone?

Daughter: no it doesn't. It makes my phone look more beautiful.

Dad looked at his daughter and smiled lovingly. And said, my daughter you know I love you, you paid 700 dollars for a phone and you spent 25 dollars for its safety.

I've paid my life on you and what is the point If you do not cover yourself with hijab for your own safety. This phone will not be questioned on aakhirath but my daughter you and me will be questioned.

Dipendekkan cerita, gadis yang dipaparkan dalam kisah ini begitu taksub menjaga Iphone 6 barunya sehingga sanggup berbelanja lebih untuk keselamatannya.

Ayahnya pula, berbelanja seluruh jiwa dan raganya, seumur hidupnya demi anaknya agar anaknya menutup kepala dengan hijab kerana ayah dan anak gadisnya bakal ditanya di akhirat kelak.

Jadi, untuk anak-anak gadis yang masih belum berhijab, berhijablah kerana ayah anda juga bakal menanggung beban di akhirat kelak.

Allahualam.


Buang bayi sebelum solat terawih

GEORGETOWN - Bayi perempuan yang masih bertali pusat dan berbalut tuala ditemui di tepi tangga Masjid Sungai Gelugor, di sini hari ini.

Bayi itu ditemui oleh orang ramai yang baru selesai menunaikan solat Maghrib di masjid berkenaan kira-kira 8 malam.

Gambar bayi ditemui tepi tangga Masjid Sungai Gelugor

Seorang saksi, Mohammad Hafiz Mohammad Zaidi, 26, berkata, jemaah lelaki dimaklumkan mengenai bayi itu oleh seorang jemaah wanita yang terdengar bunyi tangisan bayi.

"Selepas solat Maghrib, saya ke tandas dan seorang makcik bertanya kepada saya ada jemaah perempuan solat di bahagian lelaki ke, kerana dengar bunyi tangisan bayi di tangga masjid.

"Sebaik dimaklumkan, kami terus ke bahagian tangga dan mendapati bayi perempuan sedang menangis. Saya terus beritahu imam dan jemaah lain," katanya.

Mohammad Hafiz berkata, seorang daripada jemaah terus mengambil bayi itu dan melihat ada lampin pakai buang serta beberapa helai baju bayi dalam sebuah beg berhampirannya.

"Ada jemaah lelaki yang nampak seorang wanita menghampiri tangga masjid sebelum tergesa-gesa keluar, tapi dia tidak sangka wanita itu meninggalkan bayi berkenaan," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Kominsioner Mior Faridalatrash Wahid ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata, bayi itu dalam keadaan sihat dan dihantar ke Hospital Pulau Pinang.

Beliau berkata polis akan mendapatkan rakaman CCTV yang terdapat di kawasan masjid itu untuk siasatan lanjut.

"Saya minta sesiapa yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu agar menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan," katanya. - Bernama


ALHAMDULLILAH ! Akhirnya Azwan Ali Mohon Maaf Setelah DIDESAK Oleh Ayahnda Rani Kulup


selepas mendapat tomahan dan makian daripada seluruh rakyat malaysia, akhirnya Azwan Ali tunduk dan akur lalu minta maaf kepada seluruh rakyat malaysia melalui laman instagram nya dan juga Facebooknya.


Berdasarkan laman instagram Azwan Ali, dia memohon maaf atas dasar desakan daripada Rani Kulup, atau nama sebenarnya Abdul Rani Kulup selaku PRESIDEN PERTUBUHAN MARTABAT
JALINAN MUHIBBAH MALAYSIA.

Alhamdullilah, dibulan yang mulia ini marilah kita sama memaafkan beliau, tiada siapa yang sempurna. Jadikan perkara ini sebagai iktibar kepada semua.

Lihat permohonan maaf yang dibuat Azwan Ali di bawah:



'Perempuan Bertudung Bodoh, Busuk, Pengotor, Jijik'- Alvin Tan


KUALA LUMPUR - Setelah lama tidak mencetuskan amarah umat Islam di negara ini, blogger sek-s yang sendu, Alvin Tan, kembali memuat naik kenyataan berbentuk provokasi dan kali ini muslimah pula yang menjadi mangsanya.

Alvin mempertikaikan mengapa golongan muslimah memakai baju lengan panjang, seluar panjang ketika berjogging atau berenang di kolam renang. Dakwanya, mereka saja mahu menunjuk alim tak bertempat.

"Yang saya tak faham, kenapa para muslimin bila berenang kat water park ataupun berjogging selalu pakai baju lengan panjang dan seluar panjang, siap dengan tudung dan topi sekali?

"Dalam cuaca panas gila ini pun nak tunjuk alim? Lawak betullah. Orang lihat macam bodoh!

"Gunalah sikit otak itu. Bila ada cahaya matahari terik, kelembapan tinggi, kelompok orang ramai, dalam tudung itu apa jadi?

"Kutu-kutu, peluh, minyak kepala, kelemumur, rambut kotor berselerak, bau makanan/dapur, dan lain-lain, semua macam distim dalam ketuhar. Busuk, pengotor, jijik. Tak lain sangat dengan ko-nek tak sunat!

"Seriously man, jogging with long sleeves and long pants and tudung plus cap! What the fu-ck are they thingking?!" katanya.

Walaupun begitu, ada segelintir individu yang berbangsa Cina mengecam status lelaki itu.