Dua lelaki bertindak kurang ajar selepas mendapati tayar mereka telah dikunci oleh seorang anggota penguatkuasa Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dengan mencampak duit ke lantai dan memanggil seorang penguatkuasa wanita sebagai anjing.
Anggota penguatkuasa wanita itu dikatakan bertindak sedemikian setelah mendapati kenderaan tersebut diletakkan ditempat yang memang dilarang meletak kenderaan.
Melalui rakaman video, dua lelaki berkenaan dilihat marah dengan memaksa anggota penguatkuasa membuka kunci tayar berkenaan dengan kata-kata yang tidak sepatutnya.
Dia dilihat bersama rakannya cuba membuka kunci tayar berkenaan sendiri sambil menjerit dan mengarahkan anggota penguatkuasa itu segera membuka kunci yang dipasang itu.
“Gua bukan tak ada duit ada banyak lagi, lu buka (kunci) la… kalau tak mau buka tak apa.. lu mau lu buka wa kasi duit (denda kompaun)… lu sekarang buka (kunci tayar), wa kasi duit…” jeritnya berulang kali.
Bagaimanapun, rakan setugas anggota penguatkuasa wanita berkenaan memberitahu bahawa mereka perlu membayar kompaun dahulu sebelum kunci tayar dibuka.
“Lu tak payah takut, wa tarak lari punya… lu tak payah ambil gambar, wa tarak takut punya.
“Lu panggil siapa pun wa tarak takut punya, wa tarak takut sama lu ma” ujar lelaki itu yang tidak berpuas hati.
Kemudian dilihat rakannya telah mengeluarkan wang dan mencampakkan ke lantai dengan begitu angkuh sebagai tanda protes.
Namun anggota wanita berkenaana dilihat profesional bertindak tanpa emosi dengan mengutip duit yang dicampak itu, Namun apabila duit itu dipungut rakan lelaki tadi berkata "cepat buka, anjing!"
“Yang pi lempar duit itu awat, jatuhlah maruah kita” ulas rakannya yang kesal dengan sikap tersebut. -
0 comments:
Post a Comment