TELUK INTAN - Padah mencuri, seorang wanita berusia 25 tahun ditangkap oleh ibu saudara pengantin di sebuah majlis perkahwinan di Kampung Selabak, tengah hari semalam ketika dia bergegas mahu keluar dari rumah itu.
Wanita yang mempunyai seorang bayi perempuan berusia tiga bulan itu mengaku telah lama menjalankan kegiatan mencuri di majlis-majlis perkahwinan yang dihadirinya.
Memetik laporan dari Sinar Harian, Rohana Osman, ibu saudara pengantin lelaki mula mengesyaki wanita itu setelah melihat dia merayau-rayau dalam rumah dengan keadaan yang mencurigakan.
"Saya lihat dia naik ke atas, tiba-tiba turun dengan tergesa-gesa dan menuju ke pintu utama keluar dari rumah. Saya kejar dia dan menarik beg tangannya. Alangkah terkejutnya saya apabila mendapati beg kulit berwarna hitam milik saya ada di dalamnya!" katanya yang terus menarik beg tangannya itu dari dalam beg wanita terbabit menyebabkan berlakunya adegan tarik menarik yang mengundang perhatian tetamu yang lain.
"Saya terus bertanya pada dia bagaimana beg saya boleh berada didalam tangannya. Dia menjawab dia mencurinya dan mengaku sudah terbiasa melakukan kerja-kerja terkuutuk ini di beberapa majlis kenduri kahwin orang lain sebelum ini," katanya.
Rohana juga menemui sebuah lagi beg tangan kecil yang mengandungi wang tunai RM500 di dalam beg tangan wanita itu.

Kantoi Mencuri
Wanita yang mempunyai anak berusia 3 bulan ini kantoi mencuri di majlis perkahwinan orang. Berita selanjutnya di http://goo.gl/br9ZRr
Posted by My Media Hub on Tuesday, October 13, 2015
Bagaimanapun, wanita yang berasal dari Seberang Perak itu merayu agar perkara itu tidak dilaporkan pada polis dan turut berjanji tidak akan mengulangi perbuatannya itu lagi.
Wanita itu diserahkan kepada polis Ibu Pejabat Polis Daerah Hilir perak untuk tindakan lanjut.
Bapa pengantin lelaki, Hassan Kamar berkata, dia tidak mengenali dan tidak pernah mengundang wanita itu datang ke majlis perkahwinan anaknya.

0 comments:
Post a Comment