Friday, October 9, 2015

Filled Under:

(7 Gambar) Insan OKU Ini Telah Diperkosa,Namun Beliau Dianugerahkan Dengan Anak Yang Soleh...


$%Saya kongsikan kisah menyayat hati ini buat sahabat facebook saya di sini sebagai iktibar buat kita semua. Mudah-mudahan kisah ini akan membuka pintu keinsafan buat saya dan kita semua tentang betapa besarnya rahmat Allah S.W.T terhadap kita berbanding insan lain di luar sana.

Kisah tragis Siti (bukan nama sebenar, 39 tahun) sudah lama sampai ke telinga saya. Namun saya tidak berpeluang melawat dia kerana lokasi kami yang jauh dan saya tidak mempunyai nombor telefon warisnya.

Namun sejak pertama kali mendengar tentang Siti hati saya memang berhajat sangat hendak menziarahinya.

Hari ini, alhamdulillah hajat yang sekian lama bersemi itu tertunai sudah. Namun pertemuan hari ini sungguh di luar dugaan saya malah realiti yang tragis ini tidak pernah terjangkau akal saya.

Siti seorang OKU. Dia bisu malah mentalnya tidak seperti insan lain. Ketika usianya 18 tahun dia menjadi mangsa kerakusan nafsu durjana lelaki lalu terahirlah Adam (bukan nama sebenar, 18 tahun).

Makanan siap di masak dihantar jiran sebelah. Selepas makan Siti pandai mencuci pinggannya
Ketika usianya 30 tahun sekali lagi dia dinodai dan terlahirlah Idris (bukan nama sebenar, 9 tahun) dari rahim insan yang tidak berdaya dan tidak berdosa itu.

Pertama kali bertemu dan menatap wajah Siti saya sebak sekali. Sampainya hati lelaki itu menodai Siti yg terlalu naif. Siti yang bisu itu hidup dalam dunianya sendiri.

Siti tidak pandai menonton tv, Siti tidak punya sesiapa sebagai kawan selain seekor kucing. Kucing itulah teman setianya. Sesekali Siti akan meraung bila “bergaduh” dengan kawan baiknya itu.
Bukti kasih seorang anak. Siti tidur di atas katil dan Adam sisinya, tilam di atas lantai. Kalau anak-anak tiada tidurlah Siti sendirian di rumah ini
Namun kuasa Allah S.W.T Siti kenal dan kasih akan anak-anaknya dengan caranya tersendiri. Malah saya kira arwah orang tua Siti telah mendidik Siti dan anak-anaknya cukup sempurna.

Siti yang serba kekurangan itu tidak seperti manusia hari ini yang sewenang-wenangnya membuang bayi mereka. Anak-anak Siti juga dididik menyayangi dan menghormati Siti. Siti juga tidak suka keluar rumah malah dia sangat menjaga kebersihan rumah.

Siti ada menerima wang JKM RM300 sebulan dan dengan wang itulah, jiran terdekatnya menyara Siti dan anak-anaknya sejak 2 tahun yang lalu setelah kematian ibunya.

Siti anak tungggal. Jiran itulah yang menyediakan makan minum Siti malah menguruskan Siti setelah Adam memilih unttk mengikuti kursus kemahiran otomatif dan berhijrah meninggalkan ibunya hidup sendirian di rumah ini.

Idris pula dihantar ke rumah anak yatim. Di rumah anak yatim itulah saya berkasih sayang dengan Idris seterusnya mendengar tentang Siti.

                                          Rumah atas yang usang dan reput

Ketika saya memberitahu Siti hendak mengambil gambarnya, Adam meminta ibunya mengenakan tudung. Sedihnya, Siti tak pandai memakai tudung dan harus dibantu.

Baju terpakai pemberian orang diisi dalam beg plastik kemudian diselimut rapi
Ketika Adam membuka kain penutup bungkusan baju terpakai untuk mencari tudung buat ibunya, Siti marah dan menampar tangan Adam. Sangkanya Adam hendak memunggah pakaian yang dia simpan rapi.

Apabila saya tunjukkan kamera, Siti senyum panjang lalu duduk bersimpuh penuh sopan di hadapan saya. Yaaa, Siti seorang perempuan yang cantik. Kulitnya putih, tubuhnya juga kecil molek.

Sebelum pulang saya serahkan sedikit wang sumbangan penderma dari TABUNG JARIAH DAPUR RAMADAN kepada Adam juga barang-barang dapur untuk memasak.

Saya bertekad untuk membela nasib dua beradik ini, memastikan mereka berjaya dalam pelajaran.

Melihat saya hendak melangkah pulang, Siti pantas menghulurkan sebelah tangannya untuk bersalaman dengan saya.

“Mak….salam tangan mana tu…tu tangan kiri “. Cepat-cepat Siti menukar huluran tangannya sambil ketawa kuat. Saya menyambut penuh sayu.

Kini fahamlah saya mengapa Idris menangis teresak-esak apabila saya bertanya tentang ibunya satu masa dulu. Idris pernah mewakili sekolahnya dalam Tilawah Al Quran.
Saya tinggalkan Adam dengan kata-kata semangat. Dan saya lihat mata Adam merah berkaca mengiringi langkah saya.

Siti insan suci tanpa sezarah dosa pun ..

 Admin berbesar hati jika ada pihak yg sudi menyumbang terus ke acc Adam sekadar yg mampu. Insha Allah ...Adam anak yg baik....yg blh diharapkan utk membela nasib ibu dan adiknya.

Ataupun boleh juga terus berhubung dengan Puan Natipah Abu, seorang penyelia rumah anak yatim dan miskin Darul Aitam, Kuala Ketil, Kedah. Puan Natipah juga merupakan pelawat tetap ke rumah anak yatim Kuala Nerang, Kedah. 

Semoga catatan ringkas ini mampu menghuraikan sikit sebanyak.persoalan. Yg baik dr Allah S.W.T...

Catatan oleh Puan Natipah Abu


LANGIT RAMADAN YG BARAKAH...

Alhamdulillah...hari ini saya dan sahabat menziarahi Siti.Ketika kami sampai Siti sudah " berdandan rapi." Melihat kami datang....dari jauh lagi Siti sudah menghulurkan tangan utk bersalam.

Kata Pak Lang dan Mak Lang... Siti kalau mandi memang berjam2. Dia suka sungguh 
" bermain" di bilik air. Malah setiap kali anaknya pulang bercuti...awal2 lagi dia sudah menjemur kain baju mereka yg dia cuci. Siti memang pembersih orangnya.

Sahabat saya ada membawa anaknya bersama. Berkali-kali Siti memegang tangan anak sahabat saya, mengusap-ngusap pipi dan akhirnya mencium pipi anak sahabat saya sambil cuba menyampaikan sesuatu. Kami faham..dia cuba memberitahu kami..anak sahabat saya sebaya dgn anaknya, Idris yg tinggal di asrana anak yatim. Dia rindukan anaknya...

Siti juga sudah mengenali saya...duduk di sebelah saya dan " rancak berbual " dgn saya sambil gelak besar dan sesekali menggoncang tubuh saya. Meskipun tidak memahami..saya cuba mengambil hati Siti. 


Saya telah menyerahkan wang sumbangan amanah semua sahabat utk Siti dan anak2 kepada Pak Lang dan Mak Lang sebagai perbelanjaan dan keperluan Siti dan anak2. Sebahgian lagi saya serahkan kepada Adam sebagai simpanan yg akan pulang ke kolej esok. 


Saya akan datang lagi sebelum menjelang aidil fitri kelak. Terima kasih dari saya kepada semua penyumbang....
Saya juga mendapat izin Pak Lang dan Mak Lang utk berkongsi gambar Siti di sini kerana dia insan suci tanpa sezarah dosa pun ..


Nota Editor: Kisah menyayat hati ini telah dikongsikan oleh Puan Natipah Abu, seorang penyelia rumah anak yatim dan miskin Darul Aitam, Kuala Ketil, Kedah. Puan Natipah juga merupakan pelawat tetap ke rumah anak yatim Kuala Nerang, Kedah. Kami kongsikan semula kisah ini  dengan izin dari beliau.




0 comments:

Post a Comment