Monday, October 12, 2015

Filled Under:

Kuasa Sedekah Yang Anda Tidak Boleh Sangkal,Kisah Benar Ini Betul-Betul Berlaku Depan Mata






sekadar gambar hiasan semata-mata


Selepas solat asar, saya masuk terus ke dalam kereta. Ketika sedang berbual2 dgn shbt saya @soulfiqri, cermin kereta saya diketuk oleh seorang hamba Allah berbangsa Cina.

Nyonya ni meminta ihsan saya utk mendermakan sedikit wang kepadanya, sbbnya kalau x dpt carik duit yang secukupnya, dia akan dihalau dari bilik yang disewanya skrg. memula saya rasa, nyonya nih sama spt peminta2 sedekah yang lain

tapi sangkaan meleset, nyonya nih betul2 perlukan duit utk membayar sewa biliknya. Seharian keluar, dari pagi smp ke lewat petang, dgn tak makannya lagi, dengan penat lesunya lagi, Allah, sayu benar hati saya

terus saya hulurkan sedikit wang sbg derma ikhlas utk nyonya nih. nyonya nih pon ckp, dia dah pergi ke bnyk tokong, tapi diusir, dihalau dan diherdik oleh penjaga tokong yang lain. dats y dia ke Masjid Sultan Abu Bakar

Sumpah, mengalir air mata saya dan sahabat saya. Seorang bangsa cina, kurus kering, ditinggalkan suami dan anaknya, kini hidup sebatang kara.

Saya terbayangkan, jika Ibu saya di tempat nyonya nih. mmg x smp hati. bukan duit yang menjadi ukuran, tetapi kasih sayang. nmpk di raut wajahnya, yang dia sgt sunyi. Sempat saya offer nyonya nih utk naik kreta saya utk hantar pulang ke rumah

Selesai urusan saya dgn nyonya ni, tiba2 saya dpt whatsapp dari seorang hamba allah yang pinjam duit saya yang mengatakan dia da bankin baki hutang. nak kata siket x siket, tapi cecah 5angka jugak jumlahnya.

Allah..mudahkan ? di saat saya tgh perlukan sedikit wang utk belanja2 dapur dan utilities, Allah hadiahkan sesuatu yang indah, yang lebih dari setimpal.

pulang ke kuala lumpur dgn hati yang puas

perkongsian ni bukan laa nak menunjuk saya nih baik ke apa, tapi nawaitu saya supaya lebih ramai yang bukak mata dgn konsep 'THE POWER OF SEDEKAH". INSYAALLAAH.

Aizul Marcello

Insan Biasa




0 comments:

Post a Comment