Pasti ramai orang Kuching yang ada melihat gambar seorang wanita ini tersebar di laman sosial petang semalam. Biarlah saya menceritakan pekara sebenar yang berlaku dan bagaimana teruknya sistem keadilan kita menyelesaikan kes ini.
Kejadian yang berlaku di pasar minggu baru Medan Niaga Satok sekitar jam 4.00 petang. Saya menerima panggilan dari pekerja saya berkenaan dengan kejadian curi di kedai dan bagaimana mereka berjaya menangkap penjenayah wanita ini. Terus terang penjenayah tersebut bukanlah muka baru yang selalu datang mencuri di kedai saya dan para peniaga lain. Kami telah kenal dengan muka-muka ini yang selalu bergerak dalam kumpulan.
Setelah mecuri beberapa botol minyak kapak di kedai saya dia mula beralih ke kedai sahabat saya dalam blok D, sedang asyik memasukan beberapa helai tudung dia disergah oleh pakcik dan pekerja saya lalu dia ditangkap serta merta. Kami segera membawa dia ke balai Polis Kampung Gita dan berniat agar dia dikenakan hukuman yang setimpal. Sekurang-kurangnya beberapa bulan penjara agar dapat mengajar beliau tidak mencuri lagi.
Namun, bila sampai di balai dan membuat laporan yang saya terkejut apabila pegawai penyaisat di talian menyuruh kami agar “settle” luar maksudnya minta gantirugi daripada penjenayah kerana mungkin beliau anggap kes ini adalah kes kecil sahaja. Tetapi kami bertegas untuk “proceed case” dan membuat laporan mohon kes ini dibuat siasatan lanjut.
Setelah itu kami menghantar laporan tersebut ke Balai Polis Simpang Tiga dan disambut dengan kasar oleh seorang pegawai penyiasat wanita. Dimana ketika itu suami si penjenayah telah berada di situ. Pegawai ini memberitahu kes ini tidak dapat diteruskan kerana si suami memberitahu yang pencuri ini “gila meroyan” maksudnya ada mental problem.
Saya amat tidak berpuas hati kerana kes ini sengaja ditutup atas alasan “meroyan”. Soalan saya apa bukti beliau meroyan walhal meroyan selalunya dikaitkan dengan wanita yang baru lepas bersalin namun beliau telah ada anak yang berumur 6 tahun? Adakah bukti perubatan penjenayah telah ada?
Soalan saya kepada pihak polis adakah ini cara pihak polis menutup indeks jenayah kecil di Kuching?Saya percaya tindakan pegawai penyiasat yang membuat kesimpulan tutup kes atas sebab “meroyan” adalah tindakan tidak amanah dalam kerja beliau kerana beliau ambil senang tanpa siasatan lanjut.
Impak yang beliau tidak lihat atas tindakan mudah tersebut adalah tindakan beliau itu akan menjadi satu “guideline” kepada penjenayah wanita untuk makin rancak menjalankan kegiatan mencuri berkumpulan mereka. Atas alasan “meroyan” penjenayah wanita akan lepas begitu sahaja dan tetap menjalankan aktiviti mencuri seperti biasa. Walaupun nilai curi hanyalah sekitar beratus ringgit sahaja tapi kalau aktiviti jenayah ini mereka jadikan aktiviti setiap hari cuba pihak tuan gandakan nilai ratusan itu untuk tempoh 30 hari? Setahun? Berapa kerugian para peniaga terpaksa tanggung akibat ketidak-prihatinan pihak polis kepada kes sekecil ini?
Saya yakin berdasarkan “feedback” sahabat-sahabat peniaga saya pihak polis sering mengabaikan sikap “close case” tanpa siasatan terperinci terhadap kes-kes seperti ini. Inilah yang mencerminkan betapa tidak telusnya sistem keadilan kita jika kes-kes seperti ini tidak dapat ditangani dengan baik apatah lagi case yang lebih besar. Jadi , saya mohon kepada para pembaca yang prihatin yang merasakan kita bertanggungjawab untuk mencegah pekara ini daripada berulang agar memviralkan isu ini agar system keadilan kita dapat di tangani dengan lebih efektif dan agar kadar jenayah mencuri dapat dikurangkan dengan tindakan yang lebih sistematik dari pihak PDRM.

0 comments:
Post a Comment