Friday, October 9, 2015

Filled Under:

[VIDEO] Terkini! Budak Mangsa Culik Telah Selamat Ditemui


Berita terkini kes culik budak di jalan Sungai Chua Taman Setia Kajang 9 Oktober 2015. Menerusi laman sosial, kini tersebar rakaman CCTV menampakkan dua lelaki melayu melarikan seorang kanak-kanak berbangsa cina berusia 5 tahun dengan menggunakan Proton Saga WST 2936 berwarna hitam. Insiden berlaku pada jam 9.00 pagi ketika ibu mangsa menghantar anak lelakinya ke Tadika Taman Setia Kajang. Bagaimanapun, dua suspek lelaki Melayu difahamkan menggunakan helah dengan bertanyakan arah jalan sebelum menculik anak mangsa untuk dijadikan tebusan. Maklumat terkini telah mengesahkan kanak-kanak berusia 5 tahun yang diculik jam 9.00 pagi telah dijumpai oleh seorang pemandu teksi dalam keadaan selamat. Mangsa telah dihantar pulang ke rumah ibu bapanya di Kajang pada pukul 5.35 petang.

Fakta Kes Culik Budak Di Taman Setia Kajang 9.10.2015

Kemaskini 12.00 PM: Pada 9/10/2015 jam lebih kurang 9 pagi. Isteri saya menghantar anak lelaki berumur 5 tahun ke tadika jalan cempaka, taman setia, sungai chua, kajang. Menurut isteri saya mereka didatangi 2 lelaki melayu menaiki kereta proton saga WST 2936 bewarna hitam terus membawa lari anak lelaki saya. Isteri terjatuh dan cedera di bahagian kaki. Difahamkan, suspek berpura-pura menanyakan jalan kemudian menculik sebelum menculik anak mangsa.

Kemaskini 3.00 PM: Kereta Saga yang digunakan suspek untuk menculik kanak-kanak terbabit dijumpai di Klang. Namun 2 suspek melayu dan mangsa culik masih belum dikesan atau belum ditemui setakat ini. Usaha mengesan suspek dan mangsa kanak-kanak berusia 5 tahun giat dijalankan.

Kemaskini 6.00 PM: Kanak-kanak 5 tahun yang dilaporkan diculik berdekatan sebuah tadika di Sungai Chua telah disatukan kembali dengan keluarganya. Seorang pemandu teksi yang hanya mahu dikenali sebagai Nizam, membawa kanak-kanak itu pulang ke rumah keluarganya di Taman Cahaya kira-kira yam 5.35 petang tadi.


Video Kanak-Kanak Diculik Sudah Ditemui 9 Oktober 2015






Seorang pemandu teksi yang dikenali sebagai Nizam telah menjumpai dan menghantar pulang kanak-kanak malang terbabit ke pangkuan ibu bapanya pada pukul 5.35 petang.





Kenyataan Rasmi Ibu Mangsa Di Laman Sosial 9 Oktober 2015
Ibu mangsa dengan nama Facebook Cammi Lim Ker Shing turut mengesahkan anakya diculik pada awal pukul 9.00 pagi di Tadika Sungai Chua Kajang.



Sumber : melvister. com & freemalaysiatoday. com





0 comments:

Post a Comment