KOTA BHARU 12 Okt. - Nasib lima kanak-kanak yang dilaporkan mati selepas hilang dari Sekolah Kebangsaan (SK) Pos Tohoi sejak 23 Ogos lalu mungkin berubah sekiranya pasukan penyelamat mendengar jeritan Mirsudiar Aluj, 11, di kawasan mereka berteduh kira-kira tiga kilometer dari Pos Tohoi.
Mirsudiar yang ketakutan dikatakan menjerit selepas mendengar bunyi helikopter di kawasan itu kira-kira dua minggu selepas mereka berada dalam hutan.
Ketika itu, semua lima rakannya Ika Ayel, 9; Sasa Sobrie, 8; Haikal Yaakob, 8; Linda Rosli, 8, dan Juvina David, 7, dikatakan masih hidup, tetapi keletihan yang melampau dan kelaparan.
Bapa saudara Mirsudiar, Akek Bahir, 46, berkata, anak saudaranya memberitahu, dia dan rakan-rakan lain ada terdengar bunyi helikopter yang melalui kawasan tersebut ketika mereka sedang berjalan-jalan di kawasan sekitar, tetapi dalam keadaan yang amat lemah.
“Mirsudiar dan rakan-rakan lain yang ketakutan mendengar bunyi helikopter itu kemudian menjerit dan mencari kawasan perlindungan di dalam akar-akar pokok berhampiran,” katanya ketika ditemui di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini, hari ini.
Terdahulu, Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Mas Ermieyati Samsudin meluangkan masa melawat serta menyampaikan sumbangan kepada Mirsudiar dan Norieen Yaakob,10,Mirsudiar dan Norieen yang hilang bersama lima rakan dari SK Tohoi selama 47 hari ditemukan oleh anggota penyelamat kira-kira 3.3 kilometer daripada sekolah tersebut
Tambah Akek, pasukan penyelamat mula menggunakan helikopter untuk operasi mencari bermula pada hari ke-12 kanak-kanak itu dilaporkan hilang.
Pada masa sama, katanya, pasukan penyelamat yang terdiri daripada anggota tentera, penduduk kampung termasuk dia sendiri telah melakukan operasi mencari di kawasan itu.
“Anak saudara saya serta rakan-rakan lain mungkin dapat ditemukan sekiranya kami mendengar jeritan mereka,” katanya.
Sementara itu, ibu Mirsudiar, Rosita Baher, 40, berkata, keadaan anaknya semakin pulih dan mula bercakap berbanding sebelum ini, hanya mendiamkan diri.
Rozita berkata, Mirsudiar juga semakin berselera makan dan meminta untuk dibawa berjalan di kawasan sekitar hospital ini.
“Mirsudiar juga sudah tidak sabar untuk pulang ke kampung halaman berjumpa nenek dan adik-beradik yang lain,” katanya.
Selain Mirsudiar, enam lagi hilang sejak 23 Ogos lalu ialah Norieen Yaakob, 10; Ika Ayel, 9; Sasa Sobrie, 8; Linda Rosli, 8; Haikal Yaakob, 8, dan Juvina David, 7.
Mirsudiar dan Norieen ditemui masih hidup dalam keadaan kurus kering selepas 47 hari kehilangannya.
Gambar Norieen Yaakob, 10, yang disimpan keluarganya dan ketika ditemui di akar pokok besar, kanak-kanak ini terlalu kurus.
Norieen turut memaklumkan kepada bapa saudaranya, Herry Boy, dia turut melihat dua lagi rakannya, Sasa, Linda serta adiknya, Haikal mati selepas lemas dihanyutkan arus deras Sungai Perias.
Setakat semalam, daripada empat mayat yang ditemui oleh anggota mencari dan menyelamat, identiti tiga daripadanya telah disahkan oleh ahli keluarga masing-masing iaitu Sasa, Ika dan Juvina.
Satu lagi rangka belum disahkan identitinya, manakala operasi mencari satu lagi mayat terakhir masih diteruskan.
Akek yang merupakan Penghulu Kampung Gawen itu berkata, perkara malang menimpa Haikal, Linda dan Sasa pada hari ke-14 kehilangan mereka apabila tiga kanak-kanak ini maut akibat lemas.
“Kita percaya pasukan penyelamat gagal mendengar jeritan meminta bantuan kanak-kanak itu berikutan mereka sedang 'dijaga' oleh Tenrog (orang bunian). Saya sendiri ada melakukan pencarian di kawasan mereka ditemui ini selepas empat hari mereka hilang.
“Malah ada malam yang saya bermalam di dalam hutan tetapi tiada sebarang jejak ditemui atau kelihatan. Kejadian ini memang membingungkan,” katanya.
Katanya, Mirsudiar kini masih berada dalam keadaan bingung apabila ditanya mengenai tragedi kehilangannya malah dia gagal mengingati kejadian tersebut dengan baik.
“Ibunya (Rocita Bahir, 41) mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak terutama pasukan penyelamat yang tidak berputus asa dalam usaha pencarian ini,” katanya.
Berikut adalah sembilan orang yang dilaporkan hilang dalam hutan itu, sejak 10 tahun lalu.
“ Orang pertama yang dilaporkan hilang berdekatan Pos Pulat, adalah jurutera Petronas berumur 28 tahun Mohd Ehsan Ishak, yang hilang sewaktu meneroka hutan tersebut pada 2004.
“Pencarian selama sebulan melibatkan hampir 200 orang dijalankan berikutan kehilangannya, tetapi sehingga kini dia masih belum dijumpai,” kata laporan itu Isteri Mohd Ehsan diberitakan sedang mengandung anak kedua mereka ketika dia hilang.
Pada tahun 2009, seorang kerani bank Mohamed Hassan Ayat Zainuddin, juga 28 tahun, hilang sewaktu sedang mendaki gunung Yong Yap, berdekatan dengan sempadan Perak. Sekali lagi, operasi mencari dan menyelamat dilakukan selama sebulan, tetapi tidak berhasil.
Walaupun selepas operasi mencari dan menyelamat sudah ditamatkan secara rasmi, kawan-kawan Mohamed Hassan secara peribadi masih melakukan operasi mencarinya, tetapi dia juga, sehingga kini masih hilang.
Sumpah JPAM
Akhbar itu juga menemubual pegawai Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) yang telah berkhidmat di kawasan Gua Musang sejak tujuh tahun lepas.
Mohd Yussalmi Mohd Yusof berkata sepanjang tempoh itu, dia telah terlibat dalam banyak kes orang hilang.
Dia juga terlibat dalam operasi mencari Mohamed Hassan, dan dia memberitahu wartawan.
“Banyak perkara tak kena sewaktu operasi. Terdapat banyak juga “gangguan”.
“Saya adalah salah seorang dalam kumpulan 10 orang terakhir yang terlibat dalam operasi itu, dan ketika kami hampir menamatkan pencarian, kami sesat tak jumpa jalan keluar. Seolah-olah pintu keluar “ditutup rapat”.
Orang Asli melakukan pelbagai ritual untuk menunjukan kami jalan keluar tetapi tidak berhasil. Kami hanya berjaya keluar selepas solat Maghrib,” kata Mohd Yussalmi, yang bersumpah tidak akan menjejakan kaki di gunung itu lagi.
Itu adalah kes pertama yang perlu dihadapi oleh Mohd Yussalmi, di mana orang hilang kekal hilang sehingga kini.
Bagaimana sekumpulan kanak-kanak muda boleh terus hidup dalam hutan tebal setelah sekian lama, tanpa makanan dan terdedah kepada bahaya?
Benarkan ada kuasa lain yang sukar difahami disebalik kejadian ini?
Jika tidak, bagaimana mereka boleh lenyap tanpa sebarang jejak, malah tidak dapat dikesan oleh pengesan Orang Asli yang berpengalaman?
Kuasa ghaib atau tidak, marilah kita berharap dan berdoa yang kanak-kanak itu selamat dijumpai dan sihat, dan kembali ke pangkuan keluarga masing-masing.
Orang Asli melakukan pelbagai ritual untuk menunjukan kami jalan keluar tetapi tidak berhasil. Kami hanya berjaya keluar selepas solat Maghrib,” kata Mohd Yussalmi, yang bersumpah tidak akan menjejakan kaki di gunung itu lagi.
Itu adalah kes pertama yang perlu dihadapi oleh Mohd Yussalmi, di mana orang hilang kekal hilang sehingga kini.
Bagaimana sekumpulan kanak-kanak muda boleh terus hidup dalam hutan tebal setelah sekian lama, tanpa makanan dan terdedah kepada bahaya?
Benarkan ada kuasa lain yang sukar difahami disebalik kejadian ini?
Jika tidak, bagaimana mereka boleh lenyap tanpa sebarang jejak, malah tidak dapat dikesan oleh pengesan Orang Asli yang berpengalaman?
Kuasa ghaib atau tidak, marilah kita berharap dan berdoa yang kanak-kanak itu selamat dijumpai dan sihat, dan kembali ke pangkuan keluarga masing-masing.
0 comments:
Post a Comment