Sebuah syarikat di Itali berjaya menghasilkan sebuah kebun indah di bawah laut. Projek ini diberi nama ‘Nemo’s Garden.’
Presiden Ocean Reef, Sergio Gamberini mendapat idea kreatif untuk membina kebun ini ketika bercuti di Itali pada 2 tahun yang lepas. Setelah dua tahun gagal dalam projek ini, akhirnya projek ini berjaya direalisasikan.
Nemo’s garden terdiri dari lima buah “biosphere transparent” yang dilabuhkan di bawah laut Savona, Itali. Di dalamnya, mereka telah menanam strawberi, kacang, bawang putih dan lada.
Ketua projek ini, Luca Gamberini menjelaskan, “misi utama projek ini adalah untuk mencipta kaedah alternatif bercucuk tanam di tempat yang sangat mustahil yang kebiasaannya memerlukan sumber air bersih, tanah subur dan perubahan suhu ekstrem. Kami mencuba untuk mencari kaedah alternatif yang boleh memaksimakan hasil tanaman dan lebih efisien di tempat yang sukar untuk melakukan aktiviti bercucuk tanam” jelasnya.
Meskipun berada di bawah laut, tanaman di kebun ini tetap mempunyai hidrasi yang baik kerana mendapat titisan air dari dinding bahagian dalam “biosphere transparent”. Dengan suhu sempurna 29 celcius pada siang dan malam serta mempunyai kelembapan, ini merupakan kondisi ideal bagi tanaman untuk tumbuh dengan cepat dan matang.
Pihak Ocean Reef bercadang untuk mengeluarkan versi akuarium yang lebih kecil yang boleh disimpan di rumah tetapi buat masa ini ianya masih boleh belum dijual dan hasil tanaman hanya digunakan untuk membuat sos pasta khas.
Sumber dari Oddity Central
0 comments:
Post a Comment