Namun sampai di Perhimpunan Agung Umno, ada pula yang ajar supaya beringat bahawa setiap butir beras yang dimakan itu adalah kerana Umno.
Sebelum UMNO wujud kat Tanah Melayu ini, mungkin tok nenek moyang kita tak makan nasi, kerana setiap butir beras yang kita makan adalah kerana UMNO.
Kalau setiap butir beras yang dimakan adalah kerana UMNO, takkan lah masih wujud orang yang tak mampu nak makan nasi pun kat Malaysia ni?
Bab pemberi rezeki nak klaim, tapi pemberi kemiskinan tak nak klaim pula itu kerja UMNO?
Sungguh bangga Najib Razak dengan mereka yang terlalu TAKSUB memuji UMNO sampai ke tahap mendewa-dewakan parti UMNO..
SEMAKIN TAKSUB PADA UMNO SEMAKIN MERAPU, TIDAK KIRA DOKTOR TIDAK KIRA USTAZ MAHU PUN USTAZAH.. KEJAHILAM JUGA YANG MEREKA JAJA...
Take Note: "Setiap butir beras kita makan kerana izin Allah bukan kerana Umno..."
PERHIMPUNAN Agung Umno berlangsung lagi. Seperti biasa, pelbagai gelagat perwakilan dapat kita lihat. Bermacam cara mereka meluahkan perasaan cinta terhadap Umno, begitu bersemangat dan berkobar-kobar mereka mahu menyatakan bahawa hanya Umno sahajalah yang membela Melayu.
Masing-masing mahu menonjolkan diri sebagai pejuang paling Melayu dan paling hebat pertahankan bangsa itu. Tidak kurang yang terlalu taksub memuji Umno sampai ke tahap mendewa-dewakan parti itu.
Sebagai contoh, salah seorang perwakilan dalam ucapannya dilaporkan ada menasihatkan anak-anak muda supaya ingat bahawa,
"... setiap butir beras yang kamu makan itu adalah kerana Umno...".
Dari kecil aku diajar oleh ibu bapa, guru dan pelbagai sumber bahawa setiap rezeki termasuk setiap butir beras datang dari Allah. Setiap perbuatan jika diniatkan kerana Allah, termasuk makan nasi akan dikira sebagai ibadah dan bakal beroleh ganjaran kebaikan dari Allah.
Namun sampai di Perhimpunan Agung Umno, ada pula guru sesat ajar supaya beringat bahawa setiap butir beras yang dimakan itu adalah kerana Umno.
Kalau iya pun nak mengampu, terdesak nak tunjuk kamu paling hebat memuji Umno, tak payahlah taksub sangat sampai ke tahap sanggup keluar kenyataan syirik.
Jika hebat sangat Umno sampai boleh beri rezeki, beri setiap butir beras yang kita makan, harap Umno tubuhkan cawangan di Somalia, di Afrika, di Syria supaya rakyat yang kebuluran di sana dapat makan nasi.
"Setiap butir beras kita makan kerana izin Allah bukan kerana Umno..."
0 comments:
Post a Comment