Thursday, October 8, 2015

Filled Under:

Ibu mangsa tetak kecewa berita palsu


Megala (duduk) ketika menerima kunjungan Ravi (kiri).

PORT DICKSON - Ibu mangsa kes tetak di Taman PD Utama Khamis lalu, menafikan khabar angin yang tersebar di media sosial kononnya anaknya sudah meninggal dunia.

Dia yang mahu dikenali sebagai Rani berkata, dia terperanjat dan kecewa dengan penyebaran berita palsu berkenaan.

“Saya tak tahu kenapa ada yang sanggup reka cerita dan sebar berita palsu itu, sedangkan anak saya sedang dalam proses pemulihan dan kesihatannya bertambah baik.

“Anak saya sudah dua kali jalani pembedahan, dia kini sudah boleh tersenyum dan berbual dengan keluarga dan orang yang datang ziarah.

“Semua orang sepatutnya doakan kesihatan dan kebaikan anak saya, bukannya sebarkan berita palsu, ia hanya menambah kesedihan kami sekeluarga,” katanya.

Dia ditemui di Hospital Port Dickson ketika menerima kunjungan Ketua Wanita Kebangsaan MIC, M Mohana; Ketua Wanita MIC Bahagian Telok Kemang, P Thanaletchumy dan Adun Port Dickson, M Ravi.

Khamis minggu lalu, mangsa M Megala, 24, parah di kepala, tangan dan badan selepas diserang dan ditetak menggunakan parang oleh tiga lelaki.

Kedua-dua suspek termasuk suami mangsa berjaya ditahan polis 30 minit selepas kejadian di Plaza Tol Mambau dan dituduh di Mahkamah Sesyen Seremban kelmarin.


Seorang lagi suspek kini masih dalam buruan polis.




0 comments:

Post a Comment