Saturday, October 17, 2015

Filled Under:

Sayu Sekali - (Video) tak sampai 24 jam kebumi jenazah abang dia pula maut (5 Gambar)





Tidak sampai 24 jam selepas jenazah abangnya dikebumikan, seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi, Abdullah Sani Daud, 51, pula maut dalam kemalangan di Kilometer 1.5, Jalan Jerantut-Maran berdekatan persimpangan masuk stesen minyak Shell di kawasan industri bandar ini, semalam.

Video : Sayu .. tak sampai 24 jam kebumi jenazah abang dia pula maut (5Gambar)\

Kemalangan kira-kira pukul 5 petang itu berlaku selepas motosikal Kawasaki yang ditunggang Abdullah Sani berlanggar dengan sebuah Toyota Hilux yang dipandu seorang wanita berusia 32 tahun.

Isteri mangsa, Hanisah Harun, 49, berkata, abang iparnya, Azmalizam Daud baru sahaja dikebumikan di Felda Ulu Jempol, Maran Sabtu lalu selepas meninggal dunia akibat sakit jantung dan dia tidak menyangka arwah suaminya akan mengikut jejak abangnya

Jerantut : Al -fatihah ... Lelaki maut ketika pulang kebumi jenazah Abang













“Baharu sahaja arwah suami meratapi kematian abangnya dan hari ini saya serta anak-anak pula diduga Allah dengan kehilangannya.

“Sebelum arwah suami pergi buat selama-lamanya dia tidak menunjukkan sebarang perubahan dan sentiasa mesra dengan kami di rumah,” katanya kepada pemberita di bilik mayat Hospital Jerantut di sini malam tadi.

Abdullah Sani yang bekerja sebagai pemandu di Felda Agricultural Services Sdn. Bhd. (FASSB) Tekam meninggalkan tiga orang anak berusia 18, 16 dan 12 tahun.

Hanisah berkata, menunggang motosikal berkuasa tinggi merupakan kegemaran suaminya dan pada hari kejadian, Abdullah Sani ke bandar Jerantut atas pelbagai urusan termasuk pembayaran bil Astro namun setelah 20 minit suaminya keluar dari rumah, dia dihubungi oleh seorang rakan berhubung kemalangan tersebut.

“Ketika saya dan anak tiba di hospital, suami sudah meninggal dunia dan jenazahnya dikebumikan di Felda Ulu Jempol, Maran,” ujarnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintenden Azid Ismail berkata, pemandu Toyota Hilux telah ditahan untuk disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pe­ngangkutan Jalan 1987.

“Orang ramai yang melihat kejadian itu diminta menghubungi pegawai penyiasat trafik IPD Jerantut di talian 09-2666 889 untuk membantu siasatan,” katanya. Al-fatihah - UTUSAN




0 comments:

Post a Comment