Marang, 9 Okt - Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alur Limbat, Marang, Alias Abdullah hari ini ditembak mati di kediamannya selepas pulang dari solat Jumaat hari ini.
Mangsa, 51, dipercayai meninggal dunia ditempat kejadian akibat dari tembakan.
Memetika laporan dari TheRakyatPost, selepas mangsa pulang dari solat jumaat, dua orang lelaki yang bermotosikal melepaskan beberapa tembakan kearah mangsa. Mangsa yang parah setelah terkena tembakan meninggal dunia.
Dua lelaki terbabit pada mulanya mengetuk pintu rumah mangsa di bahagian dapur dan terus menembak mangsa sejurus pintu dibuka.
Alias pernah memenangi kawasan DUN Alor Limbat pada tahun 2004 hingga 2013 dan salah seorang peguam lepasan UIAM. - Sumber Siakapkeli.my
0 comments:
Post a Comment