Saturday, October 10, 2015

Filled Under:

Ramai Yang Tidak Sangka,Tetapi Inilah Cerita Sebenar Tentang Kejadian Seorang Budak Diculik Pagi Semalam Seperti Yang Diceritakan Semula Oleh Pemandu Teksi...


Kanak-kanak 5 tahun yang dilaporkan diculik berdekatan sebuah tadika di Sungai Chua telah disatukan kembali dengan keluarganya.

Seorang pemandu teksi yang hanya mahu dikenali sebagai Nizam, membawa kanak-kanak itu pulang ke rumah keluarganya di Taman Cahaya kira-kira yam 5.35 petang tadi.

Sesampainya di rumah tersebut, pemandu teksi terbabit kemudian memanggil ibu bapa kanak-kanak tersebut dari luar rumah.

Kanak-kanak itu kemudiannya dibawa masuk ke dalam rumah.

Menurut laporan dari The Star kanak-kanak itu dilaporkan dalam keadaan sihat. -Siakapkeli.my

KAJANG: Berikutan berita gembira penemuan semula kanak-kanak 5 tahun yang diculik di Kajang pagi tadi, pemandu teksi yang menjumpai kanak-kanak tersebut menceritakan bagaimana dia menjumpai kanak-kanak tersebut.

Baca : Kanak-Kanak 5 Tahun Yang Diculik di Kajang Berjaya Disatukan Semula Dengan Keluarga

Pemandu teksi yang mahu dikenali sebagai Nizam berkata dia menjumpai kanak-kanak itu sedang merayau di tepi jalan.

Nizam berkata dia mengenalpasti kanak-kanak itu kerana gambarnya sudah pun viral di aplikasi Whatsapp.

Nizam kemudiannya mengambil kanak-kanak tersebut dan menghantarnya ke rumah.

"Saya cam gambar budak itu dari satu mesej Whatsapp dan mengambil keputusan untuk menghantarnya kembali ke rumah", kata Nizam memetik laporan NST Online.

Gambar kanak-kanak tersebut menjadi viral di media sosial Facebook dan aplikasi Whatsapp sejak pagi tadi.

Nizam bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai kejadian kerana bimbang akan keselamatannya.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Willey Richard mengesahkan penemuan itu.

"Mangsa ditemui dalam keadaan selamat dan dibawa ke hospital Kajang untuk pemeriksaan," katanya




0 comments:

Post a Comment