Sunday, October 11, 2015
Filled Under:
POLIS SIASAT PENEMUAN BANGKAI PESAWAT DIDAKWA MILIK MH370 BERSAMA RANGKA MANUSIA DI SELATAN FILIPINA
Posted By:
a
on 4:18 AM
KOTA KINABALU: Polis Sabah telah mengesahkan mereka menerima satu laporan tentang penemuan sebuah bangkai pesawat yang mempunyai logo Malaysia di pulau Sugway, Ubian Tawi Tawi , selatan kepulauan Filipina.
Laporan berkenaan dibuat oleh seorang lelaki yang turut mendakwa bangkai berserta mayat manusia itu ditemui oleh saudaranya pada awal bulan September.
Lelaki terbabit membuat laporan bagi pihak saudaranya.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, lelaki itu membuat laporan itu di Balai Polis Sandakan pada hari Sabtu.
"Perkara ini sedang disiasat", katanya memetik laporan The Star.
Menurut laporan, lelaki berusia 40-an yang bekerja sebagai juruteknik audio visual itu, saudaranya beserta beberapa yang lain sedang memburu burung ketika mereka menjumpai bangkai tersebut.
Mereka kemudiannya mendekati bangkai itu dimana mereka menjumpai rangka manusia. Mereka juga turut menjumpai rangka di bahagian tempat duduk juruterbang yang masih lagi memakai tali pinggang.
Sebelum meninggalkan tempat kejadian, mereka mengambil satu bendera yang dijumpai bersama bangkai itu.
Lelaki terbabit kemudian memberitahu polis mengenai penemuan bangkai tersebut yang mungkin pesawat MH370 yang dicari-cari selama ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment