Tun Dr Mahathir Mohamad
Dalam perkongsian hari ini, MyKMU mendakwa kenaikan tersebut berlaku akibat perjanjian konsesi yang diwarisi pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak dari tangan-tangan pemerintah terdahulu.
"Perjanjian konsesi itu memang direka sedemikian rupa, macam mana cara pun diakhirnya rakyat yang kena," tulis MyKMU.
Menurut MyKMU, tidak banyak yang kerajaan boleh lakukan untuk menghalang kenaikan yang sudah tujuh tahun tertangguh.
"Kalau konsepnya memindahkan beban kepada rakyat, itu memang bukan kerja orang lain, selain Tun Mahathir, bapa konsesi negara.
"Dialah yang menganjurkan konsep swasta bina – kerajaan anugerah konsesi – rakyat bayar. Setiap 3 tahun sekali, kadar tol akan dikaji dan kalau kenaikan itu perlu ditangguhkan, kerajaan masih perlu membayar pampasan kepada syarikat konsesi," tulisnya lagi.
Perkongsian dari MyKMU tersebut juga mendakwa mana-mana Perdana Menteri selepas (Dr Mahathir) itu, inilah perjanjian yang mengikat mereka.
"Mahathir dah pastikan dulu ketika semua perjanjian ini dibuat, syarikat konsesi tidak akan mengalami kerugian. Kalau tak rakyat tanggung, kerajaan tanggung (guna duit rakyat), mana ada ruang untuk rugi?
"Jadi rakyat perlu ucap terima kasih kepada Mahathir kerana legasi yang ditinggalkannya ini. Dia memang bijak dan membawa banyak kemajuan ke negara ini, tak perasan harga kepada semua kemajuan itu, kita (rakyat) lah yang membayarnya, bukan percuma," dakwa tulisan yang disiarkan MyKMU, hari ini.
Semalam, kadar bayaran di beberapa lebuhraya di Malaysia diumumkan akan dinaikkan mulai 15 Oktober ini.
0 comments:
Post a Comment