Wednesday, October 7, 2015

Filled Under:

Remaja tertusuk besi pemunggah sawit


SEORANG remaja berusia 15 tahun, nyaris maut selepas sebatang besi (gambar kecil) pemunggah sawit tertusuk badannya, dalam kejadian di Kampung Tebuk Jawa, di Sungai Besar, pagi semalam. - Foto ihsan pembaca BH
SUNGAI BESAR: Seorang remaja berusia 15 tahun, nyaris maut selepas sebatang besi pemunggah sawit tertusuk badannya, dalam kejadian di Kampung Tebuk Jawa, di sini, pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, Nazif Azimuddin Mohd Yusof, nyaris maut selepas besi berkenaan yang tertusuk di ketiak kirinya, tembus di pangkal leher sebelah kanan.
Beliau kemudian dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) di sini sejurus kejadian namun dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk tindakan susulan.
Difahamkan, sebahagian besi yang tertusuk pada badannya berjaya dipotong oleh pihak bomba sebelum sebahagian lagi dikeluarkan kira-kira jam 3 pagi tadi.
Berdasarkan perkongsian di laman Facebook (FB), mangsa kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) HKL dan masih dipantau pasukan perubatan untuk memastikan keadaannya benar-benar stabil.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sabak Bernam Superintendan Nor Azmi Isa ketika dihubungi berkata, pihaknya masih belum menerima sebarang laporan berhubung kejadian berkenaan.




0 comments:

Post a Comment