Jambatan gantung kaca pertama di China ini terletak di Taman Geologi Shiniuzhai di Selatan China itu diberi nama Haohan Qiao Bridge yang membawa maksud Brave Men’s Bridge – sesuai sangat bagi mereka yang berani.
Dengan ketinggian hampir 200 meter, jambatan sepanjang kira-kira 200 meter itu juga dikatakan mempunyai tahap keselamatan yang tinggi dengan ketebalan lantai kaca 24milimeter.
Malah menurut jurutera yang bertanggungjawab membina jambatan tersebut, kaca yang digunakan di situ adalah 25 kali tahan berbanding kaca biasa.
“Jambatan yang dibina adalah sangat kukuh dan pelancong boleh melompat di atasnya. Kerangka keluli digunakan untuk menyokongnya adalah sangat padat. Jadi walaupun kacanya pecah, pelancong tidak akan jatuh melaluinya,” katanya kepada media di sana.
Nampak gayanya, sesak juga jantung kami jika diberi kesempatan melalui jambatan ini. Semoga pelancong yang melalui jambatan ini selamat sampai ke penghujung dan selamat kembali semula.
Sementara itu, satu lagi jambatan berlantaikan kaca yang kini masih dalam pembinaan terletak di kawasan lembah Zhangjiajie dan apabila siap nanti akan menjadi jambatan tertinggi dan juga terpanjang di dunia – hampir menyamai panjang 3 padang bola dan tergantung setinggi hampir 200 meter.
Anda boleh saksikan sendiri bagaimana gayatnya manusia bila berada di jambatan yang terletak di lembah Zhangjiajieini dalam video pendek di bawah:
Apa pendapat anda mengenai perkongsian ini? Kongsikan bersama kami di ruangan komen.
0 comments:
Post a Comment